Friday, October 26, 2012

Raya Haji yang kosong...

Hari raya korban tahun ni, terasa kosong sangat. Aku kalau dekat rumah ni memang la tak dak pun kawan yang nak mai rumah, tapi selalu ada juga anak-anak murid mama mai, kawan-kawan cik, kawan-kawan abang. Tapi kali ni, kawan abang saja yang mai. Ramai ka orang buat korban tahun ni. Kalau esok mama kata memang dapat banyak jemputan kenduri, tapi esok nak balik Kota Kuala Muda pula. Mungkin juga cuti kali ni tak lama. Adik dah nak balik hari Ahad, dah nak mula periksa. Cik balik hari Selasa, abang memang cuti lama lagi, tapi budak-budak ni, macam tak dak ja kat rumah. Selalu raya haji pun ada juga sesi-sesi bergambar ni, tapi tahun ni tak sempat pun, pasai pa tak sempat aku pun tak tau. Tapi tahun ni sempat jumpa adik sepupu yang mai hantaq kuih raya kat rumah tok wan. Yang ni memang setahun sekali pun payah nak jumpa, sebab, aku pun tak tau. Nak kata dia dok jauh, tak dak la jauh sangat, masing-masing punya hal la. Sempat aku nak tangkap gambar dia dan adik-adik yang lain, ada la gambar dengan sepupu sendiri. Walaupun kami tak ramai pun sepupu-sepupu, tapi tak pernah dapat nak jumpa semua sekali, musykil la aku nie. Jom tengok gambaq-gambaq yang aku dan ambil.


tengah boring ni

sempat ja, kat rumah orang pun

bintang2: adik, kakak, abang

cuba teka kat mana ni???

ha, nak jugak...

adik-adik sayang: adik kecik, cik, abang, E

Monday, October 22, 2012

Pesanan buat adik-adik manis...

Menjelang usia remaja hati pasti merasa ingin mengasihi dan di kasihi. Jiwa mula meronta mencari kasih selain kasih sayang ayah dan ibu. Hati berkata-berkata ingin tahu apakah itu cinta. Kala ini yang menjadi perhatian pastinya insan yang bernama lelaki. Disekolah mata-mata tercari-cari wajah jejaka idaman hati, mulut ramah menegur mereka yang bernama lelaki. 
Jiwa meronta-ronta ingin mengenali spesis ini dengan lebih dekat, malah ingin menerokai apa itu rasanya bercinta.
Yang muda kadang mencari abang angkat, yang tua mencari adik angkat, semuanya kerana rasa hati. Ada yang lebih senang mencari yang sama usia, senang "berdating" katanya. Satu sekolah, satu tempat tuisyen, satu taman, senang berjumpa, senang berdua-duaan, senang bertentang mata, waktu itu semuanya ingin di rasai, semuanya ingin di terokai.  
Ada yang sukakan lelaki tampan, ada yang sukakan yang kuat bersukan, ada yang sukakan yang peramah, ada yang sukakan yang pemalu, ada yang sukakan yang budiman, ada yang sukakan  yang nampak beriman. Pasangan dicari yang rasa serasi di hati, andai di tanya apakah puncanya, hanya ingin merasa maknanya cinta. Dalam usia muda yang sepatutnya dihabiskan dengan belajar, dihabiskan dengan menjalani hidup yang penuh keceriaan, cinta menjadi prioriti. 



Adik-adik yang manis,
Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya. Wajah yang tenang jangan disangka tiada celanya. Berperibadi yang budiman jangan di sangka dia yang terbaik. Kita kadang berkata, "dia nampak baik, tak pernah pun cakap dengan perempuan", di situlah salahnya. Memang dia nampak baik apabila tidak bercakap dengan perempuan, namun apa terjadi apabila dia mendekati insan yang bernama perempuan. "Dia nampak pemalu dan senyap, mesti dia baik", salah sekali lagi, golongan ini bersembunyi di sebalik diamnya mereka, dalam diam siapa menyangka ada insan lain dalam diri mereka. Kita juga berkata,"wah, alimnya dia, pakai songkok/kopiah", sekali lagi kita tersalah sangka mereka ini kadang menjadikan itu sebagai tarikan buat diri mereka. Bukan mengatakan yang diam, yang pemalu, yang bersongkok itu jahat, tapi perlu berwaspada dengan mereka. 

Adik-adik yang manis,
Spesis yang bernama lelaki ini jangan di pandang rendah, yang terzahir itu kadang hanyalah sebagai pelindung diri mereka yang sebenar. Mungkin rasa ingin mengasihi dan di kasihi itu mendesak jiwa mengenali mereka, namun seribu satu langkah perlu di ambil untuk kita sebagai perempuan menjaga diri, mengelakkan dari dipersiakan mereka, dari dipermainkan mereka. Jangan mudah percaya, jangan senang tertipu, jangan termakan janji manis mereka. Jangan terlalu murah menjual diri kita. Berkawan biar berpada, binalah bentang antara kau dan dia kelak dirimu nanti tak menyesal. 

Adik-adik yang manis,
Yang terbaik masa ini, waktu muda remaja, isi dengan benda yang berfaedah. Jauhi benda-benda yang melalaikan, yang membawa kepada keburukan, kesakitan, kekecewaan, kedukaan dan rasa sesal dalam diri. Mudanya kita tak akan berulang, Masa tak mungkin akan pernah berpatah balik, yang tertinggal hanya boleh di kenang, yang berlaku hanya boleh di ingat, dan yang telah berlaku tak boleh di undur lagi. Adik-adikku yang manis, lahirnya pesanan ini kerana hadir dari hati yang semakin risau dengan perkembangan remaja masa kini, yang mudah tersungkur dengan kuasa cinta seorang lelaki. Percayalah, andai kita ingin yang terbaik maka belajarlah menjadi yang terbaik. 

Sunday, October 14, 2012

6 hari di Gombak bersama mereka =)

on that day =) in front of  CAC
teman seperjuangan at tangga besar


Nampak tak orang ramai dekat background picture tue, waktu ni baru keluar dari dewan. Luckily mama and papa keluar awal, kalau tak it's kind of impossible to find them in that crowd.
with them: Nur and Yana


Ex-roomate: Ju and An

akhirnya sempat juga bergambar bertiga

























Yang ni pulak after that day. Nak jumpa mereka-mereka ni on that day, sangat susah maklum la masing-masing sibuk dengan family. So, jumpa sehari selepas, sempat la nak tawaf keliling. Tapi tak sempat juga nak bergambar dengan Cik Siti.










Close up photo with them. Budak kecik kat tengah tu dah pening kepala pakai mortar board lama-lama, aku dengan Nur masih lagi semangat nak berposing.










Yang ni terjumpa dengan both of them dekat tangga, waktu tu dah nak balik hotel, sebab tengok Ju and An bergambar aku pun join sekali. 












Gambar ni, Kak Ti yang tolong snap, ada la juga gambar bertiga, rasanya ni satu je gamabr bertiga. Sedihnya la, datang bertiga nak minta tolong orang pun masing-masing busy juga. 















sayang-sayang ex-roomate:Arina and Syida
Ameer and me before the day











Mula-mula jumpa Arina lepas tu jumpa Syida, dalam kalut-kalut si Syida nak balik sempat juga papa tolong ambil gambar. Semoga tahun depan diorang grad juga.









Yang ni dengan anak. Anak dah besar. Tak sangka dia nak datang. Thanks for coming my dear. 












Adirul and Fais: rindu dekat teacher ke?? hihihi


  

Yang ni lagi dua orang, dah penat berjalan sebab tu berehat-rehat kejap dekat law building. Baru tahu penatnya berjalan dalam UIA ni.









2 Digital: before the ceremony




Fais datang lagi, tapi bawa Amira and the gang. Nasib la kena jalan jauh cari teacher.










flower bouquet from: abang Comot, mama and papa, Wany and Kat



Flower bouquets dari mereka-mereka, bunga yang tengah tu memang pilihan hati. Before convo dulu dah nak sangat roses tapi on that day, tengok bunga tu cantik pula. Bunga-bunga ni datang dengan teddies, tapi semua dan di keluarkan bagi ruang untuk bunga-bunga berkembang.






little teddies from Arina and Syida




Ni la teddies dari flower bouquet tu. Ada lagi dua little teddies dari Arina and Syida. Teringat juga diorang dekat aku.










Sayang sangat tak sempat bergambar dengan abang Comot. Thank you sangat-sangat sebab ingat hari konvokesyen Wani. Bila dah tengok balik pictures hari konvokesyen dah perasan, gambar Wany dengan Kat pun tak ada. Sedihnya! harap-harap nanti ada la peluang nak jumpa dengan sahabat-sahabat ini lagi. 6 hari di Gombak kali ini penuh dengan kenangan manis belaka.





Sekalung penghargaan buat mereka...

Dah selesai dengan urusan konvokesyen. Dengan bantuan keluarga tercinta serta sahabat-sahabat tersayang, berjaya melalui sesi konvokesyen dengan gembira. Walaupun penat untuk menyelesaikan semuanya, tapi sangat-sangat gembira dapat bertemu sahabat-sahabat seperjuangan di Taman Ilmu dan Budi. Sekarang masa untuk sedikit penghargaan dan terima kasih buat semua yang telah sudi membantu dan meraikan diri ini di hari konvokesyen.

Perhargaan yang tidak terhinggan buat mama, yang telah bersusah payah melabur wang dan ringgit untuk memenuhi permintaan diri ini yang mengada-ngada inginkan sepersalinan pakaian khas untuk majlis konvokesyen yang gilang-gemilang. Juga mama yang menghulur wang ringgit untuk tiket, belanja segala keperluan sepanjang sesi konvokesyen di Taman Ilmu dan Budi, tanpa mama mungkin diri ini tak mungkin segembiran hari ini. Tak lupa untuk papa yang memeriahkan hari konvokesyen. Telah datang bersama mama ke taman Ilmu dan Budi bersama mama. Sangat gembira melihat senyuman mereka. Ucapan terima kasih tidak terhingga ke atas pengrobanan mama dan papa yang telah mengambil cuti selama dua hari untuk menghadiri majlis anakmu ini.Mungkin tak cukup dengan penghargaan ini atas susah payah mereka yang selama ini menjadi tulang belakang selama belajar di Taman Ilmu dan Budi ini. Diri ini akan sedaya upaya terus membuat mama dan papa bahagia, bangga dan gembira dengan diri ini. 

Buat sahabatku Salzlizawani, jutaan terima kasih juga buatmu kerana sudi membenarkan diri ini menumpang di bilikmu di mahalah Aminah. Jika tidak kerana kamu, harus aku pening kepala mencari tempat untuk menginap sementara wantu untuk menyelesaikan segala urusan dan hal-hal yang berkaitan. Semoga nanti kita akan bertemu lagi, dan ukhwah ini akan terus terjalin selama-lamanya. Andai tahun depan punya peluang dan waktu, kita bertemu lagi di majlis konvokesyen khas untuk dirimu. Buat kakak Miza, terima kasih mengembalikan memori kita sewaktu belajar dulu, cuma sayangnya agak kurang perhimpunan kita dengan ketidakhadiran Puan Wany bersama. Moga satu hari nanti kita berpeluang berkumpul bersama sekali lagi mengecap manisnya persahabatan ini.

Terima kasih juga kepada penyumbang-penyumbang bunga dan anak-nak patung beruang yang comel, mama dan papa, abang Comot yang tak lupa kepada dayangnya, Arina dan Syida teman sebilik semester lepas, juga puan Salzlizawani dan cik Nik Khadijah, dan anak muridku Fais. Dulu aku selalu terfikir, siapakah yang sudi menyumbangkan bunga-bunga di hari konvokesyen seaktu orang lain menerima jambak-jambak bunga dari teman lelaki mereka, namun ternyata, masih ada yang sudi meraikan diri ini selain mama dan papa. Persahabatan itu ternyata lebih kuat dari cinta. 

Kepada mereka-mereka yang telah membuatkan aku gembira, terima kasih  di atas perhatian sekaliannya. Berharap nanti diri ini juga mampu mengembirakan kalian.

I am confident!

While I was browsing through the FB, I saw something that captured my eyes. I really agree with it. Let me share it here.  


 Isn't it true? I like this one very much. Beauty lies in the eye of the beholder =). I believe in this, everyone has their own standard about the beauty. Some may says that the thin girls look beautiful, but some may have different ideas about it. So, just be confident with your self. When you are confident with yourself you will feel better and happier with your life. 

Beauty is how you feel inside, and it reflects in your eyes. It is not something physical.
Sophia Loren

Friday, October 5, 2012

Mengutip serpihan kenangan...

Pagi tadi lebih kurang pukul 6.30 aku sampai di UIA, bumi damai yang banyak menyimpan kenangan suka duka aku seorang pelajar universiti. Banyak yang aku belajar dan banyak yang aku lalui. Mencari erti sahabat, mencari erti hidup, mencari erti cinta, mencari erti susah dan duka. Bersama mereka aku lalui semuanya. Indahnya hidup di bumi yang damai ini. 

Di sini aku kenali manisnya cinta, di sini aku kenali pahitnya cinta. Di sini aku kenali si talam dua muka, di sini aku temui sahabat sejati, di sini aku harungi cabaran hidup, di sini aku lalui cubaan hidup.Di sini aku belajar menjadi seorang yang sabar, di sini aku belajar rasanya marah.  Bersama mereka aku lalui semuanya. Indahnya hidup di bumi yang damai ini.

Aku duduk sendiri di EDU cafe, terasa ada kenangan mekar di sana. Aku berjalan sendiri di pinggir jalan INSTED, ada memori yang harum di sana. Aku singgahi CAC, ada ingatan tertinggal di situ. Manisnya buat aku tersenyum, pahitnya buat aku menangis. Syukur segala aku lalui dengan jaya. Bersama mereka aku lalui semuanya. Indahnya hidup di bumi yang damai ini. 

4 tahun di UIA nan permai, cukup mematangkan aku. 4 tahun di UIA nan indah, cukup mendewasakan aku. 4 tahun di UIA nan damai, cukup mengajar aku, ertinya kesabaran, ertinya kesusahan, ertinya kesakitan, ertinya kepahitan, ertinya kedukaan. Bersama mereka aku lalui semuanya. Indahnya hidup di bumi yang damai ini.

Mahalah Asiah duniaku, kini aku tinggalkan semua dalam ingatan. Yang cantik warnanya, yang kelam warnanya, yang ceria warnanya, yang suram warnanya. Walau kelam, walau suram, tetap satu memori yang terikat di hati, yang akan sentiasa di ingatan, yang akan kekal di jiwa, yang akan tetap terlakar di sanubari. Bersama mereka aku lalui semuanya. Indahnya hidup di bumi yang damai ini.

Kini, sekali lagi, aku bakal melakar satu lagi kenangan manis di sini. CAC bakal menjadi saksi, akan sebuah ketekunan diri ini, atas sebuah usaha diri ini, atas setiap keringat yang menitik, dan akan tangisan yang lama ku simpan. Terima kasih ya Allah atas kurnia manisnya kejayaan. Walau aku cepat leka, walau aku cepat lalai, namun KAU tak pernah melupai diri ini. Syukur aku buatmu, yang telah berada di sisi ini walau aku ada mereka, dan juga pada saat aku sendiri. Dan semestinya ada insan di sebalik kejayaan ini, mama (Rohana Sarif) bonda tercinta. Aku hadiahkan kejayaan ini buatmu yang tak pernah kenal erti lelah menjadi penyokong kuat buat diri ini.