Baru berapa hari dia pergi hati ini terasa sepi dan kosong. Masih lagi aku merasa dia berada di sisi. Hampir sebulan lebih bersama bayangnya sentiasa menerpa. Walau dia tak banyak bicara namun kenyataan yang dia tiada di sisi sungguh menyebabkan aku rasa kosong. Jelas kini aku tahu dia tiada, kesunyian itu seakan menghantui setiap benakku. Seolah terbayang wajahnya berdiri di muka pintu memanggil namaku. Seolah masih lagi baru gurauanya mengisi hariku. Terasa sepi malamku tanpa wajahnya. Walau ada mereka yang lain di sisiku tetap tidak sama dengan dia yang jauh di sana.
rindu manusia ini yang sekarang di Kelantan! |
Rindu dekat abang. Baru berapa hari ni, terasa macam sunyi padahal abang bukan jenis yang banyak bercakap. Kata mama rasa sunyi walaupun waktu cuti ni abang bukan selalu pun ada kat rumah. Tapi yang bila sesuatu menjadi rutin kita mudah merasa rindu. Dulu aku sorang-sorang dekat rumah, bila abang balik aku rasa suka sebab ada orang nak cakap dengan aku. Ada orang yang boleh aku sakat dan kacau. Boleh juga tumpang bermanja. Tapi abang dah kena sambung balik belajar. Tinggal kami dekat rumah. Kalau aku rasa sunyi, cik mesti rasa lagi sunyi. Dah tak ada orang nak main game dengan dia, dah tak ada orang nak lawan bergaduh. Aku suka bila semua adik-adik ada di rumah. Sekarang rumah rasa penuh, walau sorang dah terpaksa balik asrama. Apa akan jadi bila semua dah kena balik asrama. Cik balik asrama, adik balik rumah sewa, tinggal lagi aku sorang-sorang dekat rumah. Lagi sunyi, lagi sepi.
dua manusia yang masih ada dekat rumah sampai bulan 12 |
Selalunya bila abang ada, balik kerja dia akan masuk dapur, tengok apa yang mama masak, atau buka peti ais cari coklat. Kadang-kadang abang balik makan, ajak aku makan sekali. Sekarang aku makan sorang-sorang, walau ada adik dan cik. Malam-malam selalu dengar suara abang dengan cik lawan bola, kadang-kadang abang sekali tengok cerita Korea dengan aku. Walau pun abang keluar rumah sebab belajar ketiadaan abang membuatkan aku rasa kehilangan. Macam adik- adik yang lain juga bila tak ada kat rumah aku jadi sunyi. Masih ada sebulan sebelum sekolah mula. Aku mula fikir, apa akan jadi kepada aku yang masih lagi tak ada kerja. Dulu memang rasa seronok duduk rumah sorang-sorang, sebab aku dah terbiasa, tapi aku dah biasakan diri dengan adanya adik-adik di sekeliling aku.
Kadang-kadang aku harap masa terhenti seketika. Aku ingin kami bersama, saat ini, kerana aku rasa saat ini saat paling bahagia aku dalam hidup. Satu hari nanti aku tahu semua pasti pergi jauh dari rumah, tapi saat ini aku ingin kami bersama, selagi boleh, aku ingin kami terus begini. Aku tahu kebahagiaan ini pasti akan di rindui tapi sekarang aku hanya ingin mereka-mereka yang tersayang terus bersama aku, terus berada di sekeliling aku.