Sedar tak sedar usia dah sampai jubli perak. Tak percaya, tapi sebenarnya memang pun dah sampai usia 25 tahun. Terfikir, apa yang aku dah buat dalam masa 25 tahun ni. Di usia macam ni, dulu masa aku tingkatan lima dalam bayangan dan angan aku, aku dah stabil. Mungkin aku tak bayang aku dah berumah tangga, tapi rasanya dalam bayangan aku tu aku dah ada kerja dan sekurang-kurangnya boleh pegang duit sendiri bersama kereta sendiri. Tapi realiti hidupa aku sekarang amat menyakitkan. Aku baru saja tamat belajar, tu pun setakat ijazah sarjana muda, bukan ijazah sarjana pun. Aku masih lagi duduk dekat rumah dengan mama dan papa dan aku masih lagi tak punya kerja tetap. Baru dua hari 2013 membuka tirai, dan aku baru tersedar, aku dah semakin tua, dan masih lagi banyak benda yang aku inginkan tapi tak tercapai. Ada kawan, sudah bekerja, ada kawan sudah berumah tangga, ada kawan yang sudah sibuk mengendong anak, dan aku masih lagi sendiri, masih lagi di sini. Masuk tahun baru, aku tak ada azam baru, sebabnya, azam lama masih tak tercapai. mungkin dah boleh mula buat perancangan, cara-cara untuk menggapai segala impian dan azam. Mungkin tahun ini, seiring dengan pertambahan usia, aku patut jadi lebih berdikari, jadi lebih kuat, jadi lebih beriman, jadi lebih berguna, jadi lebih bersemangat mengharungi hidup ini.
No comments:
Post a Comment