Sunday, January 27, 2013

YEAAAAA!!! musim sukan dah sampai....

Ok, tak payah nak suka sangat sebab musim sukan dah sampai sebabnya satu, sekolah kami hanya buat persediaan untuk sukan lebih kurang seminggu sahaja, dan setulusnya aku rasa sukan dekat sini sangat hambar. Aku, sebagai seorang yang masih muda remaja (muda ke aku?), terasa sangat la suka bila sebut bersukan kecuali satu saja, apabila aku di paksa lari seratus meter, acara yang tak masuk akal bagi aku. Aku  sebenarnya sangat gembira dapat berjalan dan menjayakan apa saja aktiviti luar kelas. 

Aku tak macam orang lain yang takut hitam dan tak suka panas, cuma ada batas kepada keadaan kudrat diri aku (biasa la mesti ada benda yang aku tak mampu nak buat, mungkin mampu buat tapi lambat sikit dari orang lain). Aku hairan kenapa orang tak suka dengan aktiviti luar kelas. Tolong senaraikan 10 sebab dekat aku. Tapi yang sedihnya kat sini, aku dah dapat rasa macam tak berapa nak meriah macam aku kat sekolah, dengan fakta, anak-anak kat sini ada sikit ja, dan juga sekolah yang tak punya padang. 

Waktu latihan yang sangat terhad, hanya seminggu untuk berlatih, pilih orang dan juga sedia segala macam benda untuk perbarisan. Sangat berbeza dengan sekolah dulu. Baru rasa nak bergembira sebab hari sukan, dan tadi aku dah mula rasa macam ada yang tak seronok. Apa perasaan anak-anak kat sini? Tak semua anak-anak mempunyai bakat dalam bidang akademik, mungkin ada anak-anak yang berbakat dalam bidang sukan kalau dan macam ni, bila dapat di cungkil bakat anak-anak ini. 

Rindu waktu belajar dulu, walau dulu aku selalu mengelak untuk acara lari, tapi acara lain aku suka, tak kisah la perbarisan, lompat jauh, atau lompat tinggi, semua aku cuba, cumanya bila sampai waktu lompat tinggi aku lompat masuk bawah tiang, bukan lompat lepas tiang, tapi sekurang-kurangnya aku cubakan? Acara aku mesti la acara-acara padang, rejam lembing, lempar cakera dan lontar peluru. Nak kata aku olahragawati memang la aku bukan, tapi aku rasa seronok menjadi harapan rumah (hahaha... harapan ke?) Walau tak banyak pun pingat yang aku kutip tapi sekurang-kurangnya aku ada kenangan manis dengan hari sukan. 

Mungkin dekat sekolah ni, ada benda lain yang lagi seronok, aku tak bolah la nak merungut sangat. Mungkin anak-anak dekat sini pun tak kisah sangat dengan benda-benda ni, aku ja yang nak kisah lebih pun. Dengan semangat aku beli kasut sukan baru, tapi tiba-tiba cikgu-cikgu kat sini sikit pun tak semangat nak sambut hari sukan. Tapi tak kisah la macam mana pun, yang aku tau aku nak berseronok bila hari sukan nanti, mungkin kalau jumpa nak beli juga baju kuning. Walau pun aku dah ada pun baju kuning, tapi mungkin tak sesuai nak di pakai kat sana. Anak-anakku, ibumu ini akan sedaya upaya memberi sokongan kepada antum.

No comments:

Post a Comment