Thursday, September 9, 2010

Aidil Fitri bersama kesayuan...

Tak sedar, Aidil Fitri menjelma lagi. Ada benda baru yang ingin aku belajar Syawal ini. Kerana kerinduan yang tak terbendung, aku jadikan Syawal ini sebagai pengikat memori aku dan dia. Membangkitkan apa yang pernah aku lalui dengan dia. Sesungguhnya aku amat merindui dia. Sedar aku tak mampu akan mengubat segala kerinduaan ini lantas aku mencari cara lain untuk aku mengisi kekosongan yang aku rasai sekian lama. Masih terbayang lambaian tanganya saat Syawal menjelma ketika kami melangkah ke teratak itu. Saat kaki melangkah ke teratak itu pelbagai juadah sudah menanti. Yang paling membuatkan aku ingin menangis bila terkenangkan segalanya, ketupat daun palas pulut hitam dan putih juga rendang daging dan gulai ayam untuk di cecah bersama ketupat. Pelbagai kuih trdisional, walau bukan hasil tanganya tetap juga menanti kami. Karas, peneram, kuih kapal terbang, dodol, baulu tidak pernha tidak ada dalam baling kuih saat aku tiba. Aku merindui suaranya yang memanggil kami menikmati juadah yang dia sediakan. Sungguh segalanya masih lagi jelas terbayang di ruang mata. Kala aku jejaki kaki ke teratak itu lagi, sofa tempat dia selalu duduki akan aku renung andai kata apa yang aku lalui ini hanyalah sebuah mimpi sedih. Namun acapkali aku hanya kecewa kerana apa yang telah aku lalu selama 3 tahun ini adalah reality. Kuih siput yang rangup juga membuatkan aku mengalirkan air mata. Tidak dapat untuk aku gambarkan segala kerinduan yang tersimpan merimbun di dasar hati. Tak tahu adakah insane yang dapat memahami hati yang pilu ini. Saat ingin aku pulang pelbagai bekal sudah terisi dengan pelbagai juadah yang sudah dia sedia maklum kami adik beradik amat sukai. Namun apa lagi yang aku mampu lakukan kerana aku dan dia berpisah dengan dua dunia yang berbeza. Aku di sini hanya mampiu berdoa untuk dia yang abadi di hati. Sungguh tiada yang mampu menggantikan tempatna di hati ini. Namun aku melalui hidup ini dengan mencuba memujuk hati ini bahawa setiap makhluk tuhan itu kan pulang jua menemui penciptaNYA, maka siapa aku untuk memepersoalkan sesuatu yang telah lama tertulis di loh mahfuz. Yang mampu aku lakukan hanyalah redha dan mendoakan dia insane yang aku sayang, semoa berbahagia di sana.

No comments:

Post a Comment