Tuesday, January 18, 2011

Week; full of stress.

This only the beginning of the week but I have already which that this week will end quickly. I am already exhausted with all the presentations and class. I don’t know what to do to reduce it but I tend cry if this things happen but for this week I don’t know the reason but I don’t cry at all. Maybe it is just something that I’ve already immune with it. In fact I know this will be the restless semester for the whole 3 years I have been studying here. With 3 presentations in a week and some works that need to be give some attention I feel that I don’t have enough time to spend. Sometimes I hope that I have more than 24 hours. Sometimes I feel that I need a very long brake so that I can regain back all my spirit and energy to start with new and fresh starting point. I want to go to a place which people will give the best hospitality ever. I will never feel stress and will be happy staying there. I hope that there will be a place that when I stay there I will feel that I am very relax and have the enough rest. But I know this is all just a dream of mine, because I can never run from this chaos of my life and I will always be chasing with the due dates and works. I don’t even have time to enjoy my hobbies. I have lost my interest in reading and writing the poems it make me sad because I really like it and of course it actually help me to reduce the stress and relief all the things that I cannot express with other ways. Cannot wait for the holiday even though still have something to do during the holiday but perhaps it is worth it because I’ll be having a very long holiday after this? I hope so.

Sunday, January 9, 2011

Lagu yang aku suka layan SEKARANG....

Lagu ni sebenarnya dah lama pun popular tapi tiba-tiba aku terasa suka dekat lagu ni. Mungkin mengingatkan aku pada sesuatau maka kalau aku tak dengar lagu ni walau sehari rasa tak lengkap pula hidup (berhantu pula lagu ni kat aku). Mungkin bila kau dengar lagu ni ada kena mengena sikit dengan life aku so aku jadi suka. Maybe some kind of inspiration kot. Know that I need to be strong and deal with what so ever happen around me ( bukan kisah cinta saja ni yang ada kaitan dengan lagu ni) . Realize that I need to be having strong determination in doing or making a decision. Do not easily shake by any people. Maknanya aku kena teguh dan sangat kuat dengan setipa pendirian yang kau dah buat tak akan langgar janji dan pendirian tu. Maybe some may say that I am a stubborn girl but if you think your deed is right and will not make you suffer just go on with it and also need to be ready to face all the consequence. That is the thing that I am trying to do right now. To be who I am and try to be the best. Back to the lagu, sesungguhnya inilah apa yang aku rasa buat masa sekarang, walaupun ada sesetengah benda yang berlaku for fews years back, but I just cannot forget it and still regret it. So kat bawah ni, lirik lagu Dayang Nur Faizah- Hakikat Cinta. Credit to http://www.liriklagu.com/liriklagu_ad/DayaNur_HakikatCin.html

Hakikat Cinta

Usah di kesal yang berlaku
Saat ku lafaz kata pemutus
Tiada gunanya segala alasan
Takkan ku berundur walau seketika

Tak perlu merayu pada hati ini
Tak perlu lagi aku menangisi
Takdir menentukan kitakan berpisah
Terimalah hakikat cinta kita

( korus )
Pedihnya semalam masih ku terasa
Luka yang berdarah mengalir kesakitan
Hati yang kecewa menangis sedih
Di hiris pilu
Jiwa meronta hiba
Tak bisa putuskan kemahuan hati
Yang menyeksakan diri
Namun kekuatan yang masih tersimpan
Terlepaslah daku dari derita

Usah disebut kisah yang lalu
Tertutup sudah pintu hatiku
Cukuplah bagi ku Tuhan Maha Esa
Hanyalah dia penawarku

( ulang korus hingga akhir )


Tuesday, January 4, 2011

Aku merindui kamu …

Semalam aku menangis terbayangkan saat kita bersama berjalan menuju ke kelas sambil berpimpinan tangan. Pagi itu, dingin menyamankan kita yang sedang bersenda bersama menghabiskan perjalanan yang hanya memakan masa lebih kurang 5 minit. Aku terbayang senyuman dan tawamu saat kita bersama melayari sebuah persahabatan. Setibanya di kelas, kita memilih tempat pastinya engkau ada di sebelah tempat dudukku kerana kita tak mungkin dipisahkan. Aku merasakan ada keserasian antara kita. Kita masih lagi berbicara dan ketawa bersama hingga pensyarah masuk dan kita sama-sama mula memberi perhatian kepada pelajaran. Kadang-kadang mata ini terlalu berat untuk bertahan dengan segala ilmu yang disogok buat kita. Saat aku terasa tak mampu bertahan dengan apa yang diajarkan kau akan berada disisi member kata-kata peransang. Kadang-kadang kita terlalu letih dan mengantuk maka hari itu terasa pelajaran pun tak bermakna, terkadang aku sengaja mengganggu tumpuanmu kerana aku sudah tidak dapat bertahan dengan rasa kantuk yang teramat. Aku ada rahsia yang tersimpan hanya padamu aku berbicara tentang dia. Dan kadangkala saat si dia melintas di hadapan kelas kita maka tumpuan bukan lagi pada pensyarah kita yang sedang berusaha gigih memberi ilmu tapi pada si dia yang aku sendiri tidak tahu namanya.

Sehabisnya kelas pagi kita akan singgah di kedai sama ada membeli roti atau bihun goreng sebagai pengalas perut sebelum makan tengahhari kerana masih ada kelas yang menanti. Berdua kita duduk di lobi Mahallah Khadijah itu. Makan dan minum dengan waktu yang bersisa sejam sebelum kelas seterusnya. Kita terus berbicara tanpa sedar apa yang akan terjadi di masa hadapan. Sekali lagi kita melangkah menuju ke kelas (science building, smawb, blog E) menyambung perjuangan yang bersisa untuk hari itu. Aku merindui itu. Saat terasa susah menyelesaikan kerja yang ditugaskan pensyarah kita duduk bersama menyelesaikan apa yang patut kadang kita terlalu malas dan mengambil jalan mudah. Meminta simpati sahabat-sahabat yang lain. Dan kerja kita pun selesai. Indahnya kenangan itu.

Sampai satu masa aku sudah tidak mampu lagi meneruskan perjuangan itu, maka kau juga yang membantu diri ini menyelesaikan segala urusan. Sungguh aku terhutang budi pada dirimu. Dan bermula saat itu, jalan hidup kita berbeza. Kita tak mampu lagi untuk berjalan bersama ke kelas. Kita juga sudah tidak sempat untuk duduk sekali berbicara dari hati ke hati. Namun di sudut hati ini aku teramat ingin mengulangi apa yang telah tertinggal di belakang kita. Dan pengakhirannya kita makin jauh. Aku di Nilai kau masih lagi di Petaling Jaya.

Kini aku merindui apa yang pernah kita lalui bersama. Mengharungi hidup yang kadang kala mencabar membuatkan hati ini meronta-ronta ingin berbicara, bersua dan bersama denganmu mengharungi setiap perjalanan hidup ini. Namun jalan takdir kita berbeza kau kini di Kuantan dan aku di Gombak. Namun aku ingin kau tahu sejauh mana jua kita terpisah aku tak akan mungkin melupakan apa yang pernah kita lalui bersama. Segala pahit manis itu masih lagi kuat terpatri di hati ini kerana bagiku kau sahabat sejati. Sahabat semoga ukhwah ini akan terus terjalin tersimpul mati. Sebanyak mana jua kenangan yang terbina di sini, memori kita bersama tak akan pernah lekang dari hati ini. Sungguh aku amat merindui kamu.

Monday, January 3, 2011

Di sudut sekeping hati…

It would not be easy to face this alone but sometimes it is easier for me to be alone. Things happen because of some reasons. But about this one, I never know why it happens to me. It is just cannot stop bothering me. I thought it has stop for good after the secondary school. I hate this because it gives some bad impact to my quality of life. And of course I don’t feel comfortable with it. I don’t know with whom I can share my feeling. I am so worry about this but I just can’t reveal it to anyone. Some people might think it as a small matter but for me it is not because it has been happening for at least 9 years.

Tension sangat dah ni. Sapa ja yang dapat faham apa yang aku rasa melainkan kalau dia sendiri yang rasa apa yang aku rasa. Nak cari sapa ni nak dengar luahan hati yang lara dan berduka ini. Sampai bila nak macam ni pun tak tau la. Pening kepala. Fikirkan semua benda yang berkaitan dengan benda ni. Kita pun tak tau apa benda yang sebenarnya yang terjadi. Malas nak fikir tapi benda akan menghantui bila-bila pun. Nak sibukkan diri dengan kerja tapi tak dak mood pulak nak buat. Kerja punya la banyak tapi satu pun tak boleh nak concentrate. Moga-moga cepat la benda ni berlalu.