Wednesday, February 8, 2012

Aku biarkan jemari ini kembali menari

Lama terasa aku tak mampu meluahkan rasa yang terpendam dengan nukilan oleh jemari ini. Bukan tiada cerita yang ingin di kongsi namun, tidak sempat aku mencari ruang buat menitipkan rasa hati. Bukan kerana waktu yang mengekang namun kerana rasa penat yang mencengkam. Terlalu banyak ingin di luahkan hinggakan tidak tahu yang mana satu ingin di khabarkan dulu dan akhirnya ia hanya terbiar di dalam hati nan kian terasa penat. Sungguh memasuki alam kerjaya bukan suatu yang mudah. Untuk aku menyesuaikan diri dengan segala kerenah dan gelagat mereka-mereka di sini. Dalam rasa lelah ini namun masih lagi aku merasa suka. Emtah kenapa melihat mereka mengia saat di Tanya tentang apa yang telah aku berikan membuatkan aku merasa puas dengan apa yang telah aku lakukan. Namun saat aku terbaca wajah muram mereka, aku jadi resah juga. Aku masih muda dan hijau, masih banyak yang perlu aku hirup dan kumpul untuk mengharungi dunia ini. Moga perjalanan penuh liku ini mendapat redha dariNYA. Doaku semoga aku sentiasa di rahmati dan diberkati.

No comments:

Post a Comment