Saturday, April 14, 2012

Jangan cepat menghakimi mereka…

Kepantangan dalam diri aku, tak suka orang menghakimi orang lain tanpa kenal orang tu. Aku sangat tak suka. Walau pun aku tahu sebagai manusia memang kita akan selalu dan senang berprasangka, terutamanya bila kita kita tengok yang buruk dan yang menjengkelkan. Tapi jangan cepat menjatuhkan hukuman atau juga meghakimi seseorang sebabnya kita tak tahu mengapa dan kenapa seseorang jadi macam tu. Contohnya dalam dunia aku, bila tengok pelajar macam sangat suka tarik perhatian orang lain, mungkin golongan ni ada cerita mereka sendiri. Jadi kita yang perlu dekati mereka dan ambil tahu bukan menghukum anak-anak yang kadang-kadang hanya menjadi diri mereka kerana ada sesuatu yang membelenggu mereka. Aku tak suka bila ada yang sewenang-wenangnya menuduh dan mengatakan sesuatu yang buruk tentang anak-anak ni semua bila mereka tak ingin pun nak ambil tahu pasal anak-anak ni. Seorang kakak kat sekolah cakap kat aku, setiap tingkah laku dan kelakuan anak-anak ni, mesti bersebab jadi kita tak boleh nak salahkan mereka. Fahami dan cuba atasi masalah tu, bukan hanya menuduh dan mengata yang buruk-buruk. Sesungguhnya setiap yang di cipta itu bersebab, maka sebagai insan yang di kurniakan akal fikiran perlulah kita berfikir sebelum melakukan atau mengeluarkan sesuatu kenyataan.

No comments:

Post a Comment