Thursday, April 19, 2012

Tangisan anak-anakku…

Hari ni ada program dekat sekolah, lepas solat zuhur semua anak-anak tingkatan 1 dan 2 semua ke dewan. Aku memang tak maklum langsung apa aktiviti hari ini. Lewat sikit masuk ke dewan sebab ada hal pulak, dengan hari ni tak berapa sihat, sepatutnya dapat cuti tapi sebab teringat banyak lagi silibus  nak kejar, abaikan je cuti tu. Rupanya hari ni ada adegan-adegan sedih. Program kembalilah anak soleh, lebih kurang la tajuknya. Cikgu pun apa lagi teruja juga, boleh ke program ni sedarkan anak-anak aku. Selalu program macam ni ada adegan nangis-nangis, memang la nangis sungguh-sungguh. Bukan anak-anak saja, cikgunya pun. Bila cakap soal emak, memang air mata tak boleh nak tahan. Dah la hati memag rindu sangat dekat mama, air mata macam tak nak berhenti. Tisu lencun kat tangan. 

Dewan bergema dengan suara tangisan, sebab duduk dekat dengan anak-anak puteri maka memang sangat jelas esak anak-anak ni. Yang lelaki tak tahu la. Boleh pula ada sesi minta maaf dengan cikgu. Rasa macam tak layak pula duduk dekat situ, maklum la baru lebih kurang 3 bulan mengajar, lagi pun bukannya cikgu betul-betul hanya memegang jawatan cikgu pelatih. Datang anak dari satu kelas, nangis teresak-esak, janji akan buat kerja, dah tak nak lawan cakap cikgu, terharu rasa hati, cikgu yang baru nak berhenti nak nangis, sekali lagi menghamburkan air mata. Jatuh air muka nangis depan anak-anak. Sungguh kuat macam mana pun tahan hati tak nangis, tapi  bila sebut ja pasal mama, hati ni memang akan terus sayu. Aku sangat rindu dekat  rumah sampaikan tak boleh langsung sebut pasal keluarga. 

Harap-harap anak-anak berubah lepas ni, dah tak nak keluar kelas dengan rasa sangat penat dan terfikir pasal anak-anak yang tak nak belajar. Harap sangat anak-anak akan lembut hatinya, lepas ni semoga lebih dengar kata. Dah tak lama pun masa yang tinggal untuk di habiskan dengan mereka, semoga sepanjang kat sekolah ni ada benda yang mereka perolehi dari cikgu yang baru belajar menjadi cikgu.

No comments:

Post a Comment