Tuesday, October 18, 2011

Kamu di hati ini.

Maaf, aku tak mampu katakan hanya kamu di hati ini, kerana ada yang lain tetap aku ingin letakkan di hati ini, Penciptaku, Rasulku, Ibuku, ayahku, keluargaku, semuanya di hati ini.  Aku juga tak mampu mengatakan kamu yang satu di hati ini kerana adanya Allah yang menciptakan diri ini dan Rasul yang bisa membimbingku di hati ini, juga ibu yang melahirkan diri ini, ayah yang memberi kasih sayang, keluarga yang mengasihi diri ini, semuanya ada di hati ini. Malah kamu bukan juga yang pertama di hati ini kerana yang pertama tentu saja dia yang Esa, bukan juga kamu yang kedua kerana adanya Rasulku, malah bukan yang ketiga kerana ada ibu yang aku kasihi. Aku sendiri tak pasti kamu di tangga yang ke berapa. 

Maaf dari hati ini kerana tak mampu meletakkan kamu yang utama, tak mampu menjadikan kamu yang penting, menjadikan kamu yang segalanya. Maaf hati ini bukan hanya untuk kamu. Maaf hati ini di huni kamu sepenuhnya. Maaf ada yang lebih utama untuk aku letakkan di hati ini. 

Tapi, walau bukan hanya kamu di hati, tapi tetap kamu ada tempat yang istimewa di hati ini. Walau bukan kamu yang satu di hati ini, tapi tetap ada satu tempat yang istimewa di hati ini. Walau kamu bukan yang pertama di hati ini, tapi tetap ada tempat yang istimewa di hati ini. Maka, tak usah kau gusar atau resah, walau hati ini telah terisi, walau hati ini telah penuh, walau hati ini telah berpunya, kamu tetap punya tempat yang istimewa, ruang yang kosong hanya untuk kamu huni.

No comments:

Post a Comment