Wednesday, October 19, 2011

Aku dan mereka...

Hari ini tatkala aku berjalan sendiri berpayung dalam hujan lebat, tiba-tiba aku tersenyum sendiri. Bukan kerana melihat ada benda yang lucu, kerana dalam kelam malam dan hujan tak ada yang menarik minatku untuk memerhati sekeliling. Tersenyum hanya kerana teringatkan cerita lawak yang aku kongsi bersama teman-teman baikku. Tanpa mereka di sisi pun aku mampu tersenyum dan ketawa, malah mampu juga menitiskan air mata. Indahnya kenangan bersamamu sahabat-sahabat tersayang. 

Ramai yang menjadi kawan namun tak ramai yang dapat menjadi sahabat. Kenapa tiba-tiba mala mini dalam kesepian hari ini, tiba-tiba teringat akan sahabat-sahabat yang jauh di mata. Rasanya bermula di sekolah menengah aku mula mencari seorang sahabat. Dulu aku sangka aku telah punyai sahabat, yang menemani di saat suka dan juga sepanjang jalan duka. Namun akhirnya hakikat tak seindah mana,kerana mereka bukanlah permata. Aku sangka mereka bisa menjadi teman yang membawa diri ini ke jalan keredhaan, menegur seadanya kerana aku sahabat, namun akhirnya aku kecewa. Mereka bukan yang dapat menjadi sahabat. 

Di Taman Iilmu dan Budi ini aku temui mereka-mereka yang aku gelar sahabat. Syukur padaMu Allah kerana bersama mereka aku dapat mengharungi hidup walau kadang-kadang ada juga sedikit tersasar, namun mampu juga saling mengingati. Melangkah kaki ke Khadijah college, bilik 504, aku temui mereka. Mereka yang mambantu aku berdiri di dunia yang penuh dugaan ini. Najeeah Abdullah, Rohaiza Ibrahim, Zainab Ayob. Di pertemukan kami dengan latar yang berbeza dan bersatunya kamu di bawah satu bumbung saat masing-masing sendiri di bumi asing, membawa diri menuntut ilmu. Sahabat banyak kengan kita yang tertinggal di bumi indah itu. Sungguh aku rindu segala apa yang pernah kita tinggalkan. Hidup aku saat itu hanya bersama kamu sahabat-sahabatku. Belajar mengenal dunia ini yang penuh pancaroba, sama-sama kita menyokong satu sama lain, membantu satu sama lain. Berkongsi tawa dan tangis, kasih sayang yang kurang kita cukupkan penuhi dengan rasa yang kita ada. Maka kita bersama menyulam persahabatan yang aku rasa paling indah itu. Dan tiba masa masing-masing terpaksa juga membawa haluan sendiri, Ija, G, Nab terima kasih untuk kenangan indah yang pernah kita lalui bersama. 
Khadijah College (Ija, G)
 Melangkah ke dunia university, satu demi satu langkah aku mencari sahabat untuk sama berjuang. Aku temui mereka sebagai mereka yang asing saat sama-sama mengharungi temuduga. Kini kami sahabat, yang aku rasa perlu di kala suka juga di kala suka. Tak tahu bila kita bermula namun kini hampir empat tahun berada dalam ikatan ukhwah ini membuatkan aku menghargai apa yang pernah kita lalui bersama. Biar pun ada yang pahit juga manis namun tetap jua kita harungi bersama. Kepada sahabat-sahabatku Yana, Nur dan Siti, aku harap bersama kita terus harungi kehidupan ini. Jangan pernah kita berpisah, dalam perjuangan ini aku harap agar ada yang sudi membawa aku ke jalan yang lurus andai kata langkahku tersasar. Memori yang pernah kita lalui dulu aku harap menjadi ingatan abadi kita. 

Tasik Titiwangsa (Siti, Me, Yana, Nur)

Miza, Kat dan Wany bertemu kita secara tak sengaja atas aturan yang Esa kerana ingin mempertemukan kita dengan latar belakang akademik berbeza kita di satukan dalam ikatan ini kerana berkongsi minat. Yang aku tahu silat cekak itu Berjaya juga menemukan aku dengan kamu-kamu yang aku anggap sahabat diri ini. Dulu ada juga perasaan tidak puas hati kepadamu sahabat, namun kini di sebalik kebencian itu rupanya ada yang indah tertulis untuk kita. Indahnya rahsia di sebalik pertemuan kita sahabat. Bersama kita melakar sejarah dan kenangan indah yang mawarnai hidup sebagai pelajar di sini. Ternyata silat cekak itu membawa kebaikan jua dalam hidupku. Momen yang kita lalui kini aku harap menjadi yang indah dan ceria juga di dalam hidup kamu sahabat-sahabatku. 

Miza's birthday celebration (Me, Miza, Katy, Wany)
Dan sahabat-sahabatku, aku doakan moga kita sama-sama sentiasa berada di dalam Rahmatnya. Semoga kita sentiada diberikan hidayah dan nurnya. Semoga ukhwah yang terjalin ini akan terus melakar warna-warna ceria di dalam hidup kita. Semoga kita dapat saling mengingati dan membimbing.

No comments:

Post a Comment