Wednesday, June 13, 2012

Aku seorang penganggur!!!!

Selamat sudah menyelesaikan ijazah sarjana muda selama 4 tahun bertarung dengan pelbagai halangan dan rintangan. Kini tiba waktu memegang gelaran pengganggur terhormat. Hidup rasa bahagia sangta, belum rasa bosan dengan hidup sebagai penganggur. Belum pun sampai sebulan, rasa senang duduk dekta rumah, mama dah bising-bising suruh cari kerja. Bukan tak mahu, tapi hati masih lagi rasa nak rehat-rehat dekat rumah. Masih tak bosan, setelah hampir 6 tahun termasuk dengan asasi, rasa macam tak dah terlalu lama aku hanya tumpu masa untuk belajar, nak juga rasa seronok balik duduk dekat rumah. Mama dah suruh cepat-cepat cari kerja, memang nak cari kerja, memang tak nak duduk saja dekat rumah tapi keputusan pun belum keluar lagi, nak juga seketika rasa jadi penganggur macam orang lain. Aku tahu susah nak cari kerja dekat luar sana, bukan aku memilih, tapi aku perlukan masa, perlukan masa untuk kembali mengumpul semangat. maih lagi terbayang-bayang macam mana peritnya mengajar dekat sekolah, menghadap segala masalah di sekolah, dengan budak-budak dengan orang atasan sekolah, masih lagi terbayang, aku jalan kaki tengah panas sebelum sampai ke sekolah. Memang tak ada orang pun yang nak duduk goyang kaki dekat rumah tanpa buat benda apa pun. aku pun sama. Tapi buat masa sekarang aku teringin juga nak rasa duduk senang macam sekarang. Tak ada nak tergesa-gesa kejar masa, tak ada nak rasa gementar saat pensyarah nak datang mencerap. Aku nak rasa tenang buat seketika, tanpa masalah, tanpa beban yang menimpa di jiwa dan minda.

No comments:

Post a Comment