Wednesday, June 20, 2012

Dan segalanya kini pasti...

Setelah 4 tahun bermati-matian berjuang untuk mencapai impian yang aku simpan lama dulu, aku kini kecewa. Hanya sedikit perubahan membuatkan aku terjatuh dan kecewa. Sungguh aku tak ingin merasa kesal dengan apa yang telah terjadi tapi dengan kekecewaan yang aku rasa setelah 4 tahun aku menghambakan diri hanya untuk bidang ini tentunya aku rasa sangat kecewa. Segalanya telah terjadi aku tak perlu lagi menyesal, aku hanya perlu belajar menerima apa yang telah tertulis. Namun terfikir juga di hati ini, adakah belum cukup usahaku sebelum ini. Apa yang ingin aku pertikaikan lagi, segalanya telah pun tertulis. Bersyukur kerana akhirnya aku bakal menggenggam segulung ijazah itu. Ijazah yang penuh dengan keringat, air mata dan kesusahan.

No comments:

Post a Comment