Tuesday, June 25, 2013

Kematian adalah hakikat kehidupan...

Baru saja kehilangan seseorang dalam hidup. Terasa kehilangan, namun redha dan pasrah apatah lagi jelas kelihatan senyum di wajah pucatnya. Ini yang terbaik kepada kami maka aku percaya apa saja yang berlaku pasti punyai hikmahnya. Namun dalam diri ini bergolak juga rasa kesakitan atas kehilangan itu. Walau aku sebenarnya aak jauh dari dia, namun ramadhan dan syawal ini pasti rasa janggal tanpa dirinya.

Dia anak sulung arwah to dan tok wan, abang papa tersayang. Dia pak chaq yang dulu amat payah aku temui kerana kerjanya yang jauh dari kampung. Pencennya pak chaq membuatkan aku lebih mengenali insan ini. Masih aku ingat dulu andai aku bermalam di kampung kami akan beramai-ramai sembahyang berjemaah, imamnya pak chaq sendiri. Kadang Pak Chaq juga rajin menyemak bacaan hafalan surah-surah lazim kami. Pak chaq juga banyak berpesan tentang pahit manis kehidupan. 

Pak Chaq mungkin dikategorikan sebagai lelaki tipikal melayu, tapi pak chaq kadang tetap ringan tulang membantu memasak dan membasuh pakaian. Hayatnya pak chaq tidak ingin menyusahkan sesiapa, sakitnya kadang disembunyikan hinggakan ke akhir hayat kami sendiri tertanya di mana sakitnya pak chaq.

Pemergiannya sebenarnya merenggut sedikit ketenangan jiwa ini, manakan tidak baru dua minggu lepas aku pulang ke kampung, berbual mesra dengan pak chaq. Kelihatannya tiada yang tidak kena dengan pak chaq. Sungguh aku tak menyangka pertemuan itu adalah yang terakhir. Masih terbayang senyuman dan wajah pak chaq. Segalanya terimbas sendiri saat mendapat berita pemergiaannya. Ya, aku sedikit terganggu emosi juga rasa bertukar sama dengan kesuraman di kampung. 

Doaku kini, bahagialah pak chaq di sana. Moga ke temu dengan ketenangan yang abadi. Segala kenangan pasti akan tersimpan, dan aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan insan-insan yang telah lama meninggalkan diri ini. 

No comments:

Post a Comment