Tuesday, June 25, 2013

Masih ada yang tertunggak...

Hampir saja aku melupakan terus hobiku yang satu ini. Mengapa??? Pastinya kerana aku tak punya waktu senggang walau untuk diri sendiri. Bukankah hobi itu untuk mereka yang mempunyai masa lapang. Mungkin ramai yang mencemuh kenyataan aku itu, kerana apa??? Kerana aku hanya seorang guru biasa. Kata mereka kerjanya mudah, masuk sekolah pukul 7.30 pagi dan pulang 2 petang. Habis kerja pulang ke rumah dan banyak yang aku boleh lakukan waktu terluang itu. Ya, pasti itu kerja guru dulu, bezanya umpama langit dengan bumi. Kini, terlalu banyak aktiviti yang terpaksa di lakukan, itu baru saja menyebut soal  ko-kurikulum anak-anak ini disekolah, belum lagi termasuk kerja-kerja pengkeranian yang terpaksa di lakukan. 

Bukan aku ingin merungut dengan kerja ini yang aku pilih sendiri tapi sebenarnya aku ingin mereka diluar sana mengetahui realiti sebenar kehidupan seorang guru. Jangan hanya menunding jari kepada guru apabila anak-anak tidak mencapai kecemerlangan yang diingini. Guru bukan hanya mengajar seorang murid, beratus, malah beribu anak-anak murid lain, hinggakan kadang anak sendiri tak terjaga. Aku kini bercakap dari perspektif seorang guru muda dan anak seorang guru.

Banyak yang tertunggak dengan kerja-kerja ini. Aku bersemangat ingin menyelesaikan soal SAPS, tapi hingga kini tak dapat aku selesaikan kerana masalah teknikal. Malah ada juga pelajar yang terlalu aktif hingga aku tidak sempat bertemu dengannya malah PBS juga tidak dapat berlansung dengan lancar kerana hal-hal kecil ini. Hujung minggu andai tiada halangan aku bakal berangkat pula ke Ipoh menjadi guru pengiring kepada anak-anak peserta olahraga sbp di STAR. Ya, kini tiba-tiba aku menjadi guru yang serba boleh padahal dulu aku bukanlah seorang murid yang terlalu aktif. 

Berubahlah sudah hidup ini saat aku melangkah kaki kesekolah sbp dan sbt ini. Aku mula memahami liku-liku kehidupan seorang guru kini. Dan aku punya pilihan sekadar untuk mengajar atau juga memilih untuk menjadi murabbi, mendidik anak-anak ini menjadi yang terbaik. Apa pun ia, pilihan kini di tanganku, dan akulah yang perlu bijak memilih untuk mendidik golongan pemimpin masa depan ini.

No comments:

Post a Comment