Monday, August 26, 2013

Raya dan kenangan...

Salam Lebaran...
erm boleh di kira lebaran lagi tak ni?? maybe dah agak terlambat, tapi apa yang aku nak coretkan ni sebenarnya dah lama pun dok bermai-main dalam fikiran aku especially malam raya masa aku tengah iron baju untuk satu family.

Tugas iron baju nie ada sejarah tersendiri, malam raya selalunya kami semua busy, maksud semua dekat sini ialah mama, aku and adik. Yang kaum Adam tak terlibat pun. Selalunya mama akan masak untuk pagi esok, so sama ada adik atau aku akan tolong mama, dan yang tak tolong mama dekat dapur akan iron baju for the whole family. Pembahagian tugas yang bagi aku tak perlu lagi nak gaduh-gaduh sebabnya semua akan faham sendiri. 

So, for this year aku macam malas sikit nak masuk dapur maybe sebab masa puasa aku memang tolong mama sikit-sikit kat dapur so bila adik balik biar la dia masuk dapur. Ikut turn la katakan. Malam tu, aku pun kumpul baju-baju raya semua bawa ke tempat aku selalu iron baju. Macam biasa sebelum iron baju aku akan bising-bising announce satu rumah yang aku nak iron baju. Maka faham-faham sendiri la adik-adikku ini. 

Bila aku sampai di tempat iron baju, rupanya semua baju dah ada, termasuk baju aku sekali. Aku lebih suka mula dengan baju yang susah nak di seterika dahulu. Maka bagi aku baju melayu adalah susah untuk di seterika. Aku ambil baju cik dari penyangku aku hampar atas iron board. Wah, besar pulak baju pak cik ni. Tak sangka adik aku yang paling kecil sekali pun dah besar. Sambil iron baju aku layan radio ERA.

Tiba-tiba terasa adik-adik membesar dengan cepat maybe sebab dah hampir 2,3 tahun aku tak iron baju raya depa, sebab aku rajin masuk dapur so terasa nyata pembesaran adik-adikku ini. Bayangkan dulu kalau aku iron seluar, boleh saja muat seluar tu atas iron board. Boleh iron sekali harung saja, kaki seluar tak lebih pun dari iron board. Senang kerja aku. Tapi kali ini seluar masing-masing dah lebih iron board, dah tinggi adik-adik aku rupanya, tinggi dari aku. Tak sedar pun masa berlalu sangat cepat. Adik dah nak habis maktab, abang dah sambung study dekat Kelantan dan cik akan ambil PMR tahun ini, tak berapa hari saja lagi.

Kalau dulu baju raya warna pun terang-terang, elok sikit mata memandang, tapi semenjak kebelakangan ni adik-adik aku dah mula memilih baju warna gelap. Bagi aku yang sangat suka warna yang terang dan attractive, rasa suram sungguh tengok baju depa. Hitam, purple gelap, dark blue, coklat gelap, bak kata semua gelap la. Baju t-shirt pun nak warna gelap juga. Mungkin rasa baju warna gelap tu nampak bergaya kot.

Jom tengok sikit picture raya tahun ni, tengok adik-adik aku yang dulu comel-comel saja kini dah besar. Tinggi melebihi kakak-kakak depa. Dengan misai dengan jerawat, macam-macam.

banyak yang dah berubah
mummy and daddy...

abang yang kena duduk tegak-tegak


me and mama
kakak-kakak yang kena mengalah dengan adik yang meninggi

sembunyi belakang mereka sebab nak nampak comel =P
Tahun depan mereka bakal meninggi lagi, kakak-kakak dah tak boleh mengejar. Adik-adik dah besar, rumah sunyi dan sepi yang tinggal di teratak ini hanya aku dan mereka yang kian juga bertambah usianya. Semoga dapat berbakti walau sedikit kepada mereka yang telah terlalu banyak berkorban kepada kami yang kini kian terpaksa menjauh dari lubuk kasih sayang ini.

Monday, July 22, 2013

Ramadhan ini...

Baru aku ingin lupakan derita-derita ketika aku baru melapor diri di sana, tapi ramadhan ini benar-benar menguji aku. Rasanya lebih baik aku katakan segala kerja ini menggangguku. Aku tak ingin mengeluh kerana aku yang memilih jalan ini, tapi hanya satu aku rasa bulan suci ini harus dihormati. Aku terfikir tiadakah waktu lain untuk menjalankan aktiviti ini. Masih ada, malah sebelum-sebelum ini ada masa yang terluang tetapi kenapa tak dilakukan aktiviti-aktiviti itu. Aku tak faham, YA, aku memang tak faham MENGAPA perlu bulan ini. 

Sedikit-sedikit semangat ini hilang. Bulan suci ini ingin juga aku mengejar rahmatnya dengan selesa tanpa lelah dan segala kegelisahan tapi kali ini tak mampu aku menumpukan sepenuh perhatianku. Aku jadi hilang dan tanpaku sedar ramadhan ini terlalu cepat meninggalkan diri ini. Akulah yang bersalah kerana tidak mengejarnya, namun ramdhan kali ini penuh dengan kegelisahan. Aku inginkan ketenangan seperti tahun-tahun dulu.

Baru kini aku menghargai zaman belajarku. Ingin aku terus menimba ilmu di bumi itu. Bilakah masanya aku dapat menjadi seorang pelajar lagi. Ingin malayari hari-hari tanpa kerisauan. Ingin mencari kembali segala memori yang tertinggal. Aku merindui segalanya tentang bumi itu. Malah ramadhan di sana juga memberikan aku satu ketenangan walau ketika itu aku sibuk dengan pelbagai kerja. 

Mengharapkan ada yang mengerti, mungkin bagi mereka segalanya sudah terbiasa. Tapi aku masih terlalu baru, aku masih mengharap bulan ini dihormati seperti aku ingin menghormatinya. Sayang terbiar dek rasa ini. Ramdhan aku tak tahu bakal datang lagi atau tidak buat diri ini, tapi masih sempatkah diri ini mengejar sisa-sisa bulan barakah ini?  Ramadhan jangan kau pergi...

Tuesday, July 16, 2013

Betapa beruntungnya saya..

Ramadhan kali ini adalah yang ketiga kalinya aku berpuasa di rumah. Bermula 2011, 2012 dan sekarang 2013. Maybe for the few years later pun akan berpuasa dekat rumah. Bila aku posting dekat dengan rumah dan aku duduk di rumah aku memang sangat beruntung. Beruntungnya aku berbanding kawan-kawan lain yang kena terbang ke Sabah dan Sarawak, berbanding mereka yang kena naik bot pergi sekolah. 

Sebenarnya banyak untungnya aku. Duit gaji aku walau tak banyak cukup untuk simpanan sebabnya aku tak perlu nak sewa rumah, tak perlu nak bayar bil elektrik, tak perlu nak bayar bil air, tak perlu nak bayar bil internet, banyak yang aku tak perlu. Sekarangnya ni apa yang aku bayar hanya bil astro. Ye la bila aku stay kat rumah aku minta papa pasang lagi satu decorder, aku pun nak jugak lepak depan TV bila malam-malam penat dengan kerja sekolah.

Duit makan pun aku selalunya hanya makan kat sekolah saja, makan dekat rumah mama yang beli. Aku hanya tolong tambah sikit-sikit kalau apa yang tak cukup bila aku keluar shopping dekat pekan Jitra. Sekarang aku nak beli satu kereta untuk kegunaan aku sendiri. Sebelum ni memang la aku pakai kereta pi sekolah, tapi kereta mama. Dengan adanya kereta sendiri hidup aku lagi senang, maklum saja bila musim hujan kesian kat papa nak pi sekolah. 

Untungnya aku lepas hampir 10 tahun berjauhan dengan family aku akhirnya balik juga duduk dirumah, barangkali berkat doa mama yang takut anak-anak kena buang jauh dari Kedah. Tahun depan sorang lagi bakal bekerja. Aku tak tau kalau adik pun bernasib naik macam aku, kalau dia pun dapat Kedah dan boleh stay kat rumah, meriah la rumah kami. 

Dengan segala rasa untung ni, aku bersyukur sangat-sangat kepada DIA yang menjadikan semua ini. Memberikan aku kebahagian ini, yang memberikan aku ketenangan ini. Tanpa DIA apa pun tak mungkin terjadi. Walau aku selalu leka, walau aku selalu lalai dan kadang aku jauh dari DIA, DIA tetap memberikan aku kebahagiaan. Ya Allah terima kasih atas kegembiraan ini, semoga aku menjadi hamba yang sentiasa berterima kasih padaMU. Jangan ENGKAU uji aku dengan sesuatu yang aku tak mampu. Peringatilah aku bila aku jauh dariMU.

Dilema ini datang lagi...

Masih Wani yang sama, dan di lema yang serupa. Apa? Benda tak akan datang bila Miss Wani terlalu sibuk but the season has come again. What season?? Musim nikah kahwin, musim cute, innocent, little baby dilahirkan. Kawan-kawan semakin maju dalam hidup mereka, berdua, bertiga, berempat. Aku masih "bersatu". Kawan-kawan sekolah rendah, kawan-kawan sekolah menengah, kawan-kawan universiti banyak yang sudah punya pelan kehidupan sendiri. Punya suami, punya isteri, punya anak. 

Ok, dalam usia aku yang 25 ni aku rasa macam masih muda, maklum saja aku baru saja dapat kerja tetap. Banyak lagi sebenarnya yang aku nak capai dan nak buat, tapi in the other hand aku teringin juga nak macam kawan-kawan lain. Best juga tengok kawan-kawan holiday dengan their own family, I mean with their husband and children. Masing-masing pakat upload picture baby yang super cute, sihat and chubby. Update about their babies really make me feel excited. Sampaikan aku terfikir nak adopt a baby. But I know this not yet the time. 

Aku masih lagi terkapai-kapai dengan kerja yang agak banyak. Kadang-kadang nak basuh baju pun tak sempat. Untungnya aku yang masih lagi stay dengan mama. Ada juga orang yang tolong jaga makan minun aku. Tapi ada hati juga nak berdua dan bertiga. Rasanya fitrah la kot, dah sampai umur macam ni, manusiakan diciptakan berpasang-pasangan. Tapi di lema ni akan hilang lepas habis musim semua ni. Dan aku tak ambil kisah sangat pun pasal-pasal benda ni. Aku berdoa dan aku cuba ikhtiar juga, aku percaya nanti sampai juga masa untuk aku berdua, bertiga, berempat dan bermacam-macam. 

Semoga kawan-kawan yang bakal dapat baby, yang bakal bertunang, yang bakal berkahwin dipermudahkan urusan mereka. aku sebagai kawan mendoakan kebahagiaan kawan-kawan aku. 

Thursday, June 27, 2013

Selamat maju jaya wahai sahabat!

Hari ni, 27/06/2013 adalah hari terakhir cikgu Naowarat kat SMSAH. Sedih rasa hati ini, maklum la Na, adalah kawan yang paling rapat dengan aku. First masuk dekat situ, memang la cikgu lain pun menyapa tapi masalahnya masing-masing bila dah ada group sendiri biasa la susah jugak kita nak masuk. Na adalah orang pertama yang ajak aku pergi makan sekali dan pertemuan pertama itu membuahkan sebuah pohon persahabatan yang erat antara aku dan dia. 

Minggu ni minggu terakhir Na kat sekolah, tapi mujur juga aku dah mula boleh sesuaikan diri di sekolah, walau nanti tak dak Na kat sekolah rasanya aku boleh lalui hari-hari seperti biasa. Cuma bezanya aku mesti sunyi sebab tak dak orang nak bersembang dan lepak-lepak. Bolah dak aku doa nniar dia dapat jadi guru ganti dekat sini. Ada la kawan kat sini kalau dia ada. 

Na, adalah kawan non-muslim and non-malay pertama yang aku rapat. Dulu walau kat UIA, aku tak pernah ada kawan non-malay yang boleh dibuat kawan baik. Maybe sebab course aku yang sememangnya hanya ada Malay, maka aku tak berpeluang menyertai kawan-kawan non-malay. Tapi Naowarat tak sama macam kawan di UIA, sebabnya dia memang warganegara Malaysia cuma dia berbangsa siam. Dan yang paling senang sebab dia dah faham budaya orang melayu dan muslim. Senang kawan dengan Na.

Mungkin sesekali boleh saja aku jumpa dengan Na, rumah Na bukan la terlalu jauh dari sekolah pun. Ada waktu aku still boleh lepak dengan NA. Bezanya, aku dah tak jumpa Na di sekolah. Nampaknya aku perlu cari teman makan baru. Aku akan perlukan masa untuk cari kawan baru, aku harap nanti mungkin akan ada cikgu yang baru posting dekat sini, dan bolehlah jadi gang dengan aku. 

Apa pun semoga Naowarat dapat kerja sebab dia nak cari duit untuk wedding dia. Dan dia pun akan happy selalu dengan husband dan parents. Selamat maju jaya Naowarat!

a picture of us together on the last day!

Tuesday, June 25, 2013

Masih ada yang tertunggak...

Hampir saja aku melupakan terus hobiku yang satu ini. Mengapa??? Pastinya kerana aku tak punya waktu senggang walau untuk diri sendiri. Bukankah hobi itu untuk mereka yang mempunyai masa lapang. Mungkin ramai yang mencemuh kenyataan aku itu, kerana apa??? Kerana aku hanya seorang guru biasa. Kata mereka kerjanya mudah, masuk sekolah pukul 7.30 pagi dan pulang 2 petang. Habis kerja pulang ke rumah dan banyak yang aku boleh lakukan waktu terluang itu. Ya, pasti itu kerja guru dulu, bezanya umpama langit dengan bumi. Kini, terlalu banyak aktiviti yang terpaksa di lakukan, itu baru saja menyebut soal  ko-kurikulum anak-anak ini disekolah, belum lagi termasuk kerja-kerja pengkeranian yang terpaksa di lakukan. 

Bukan aku ingin merungut dengan kerja ini yang aku pilih sendiri tapi sebenarnya aku ingin mereka diluar sana mengetahui realiti sebenar kehidupan seorang guru. Jangan hanya menunding jari kepada guru apabila anak-anak tidak mencapai kecemerlangan yang diingini. Guru bukan hanya mengajar seorang murid, beratus, malah beribu anak-anak murid lain, hinggakan kadang anak sendiri tak terjaga. Aku kini bercakap dari perspektif seorang guru muda dan anak seorang guru.

Banyak yang tertunggak dengan kerja-kerja ini. Aku bersemangat ingin menyelesaikan soal SAPS, tapi hingga kini tak dapat aku selesaikan kerana masalah teknikal. Malah ada juga pelajar yang terlalu aktif hingga aku tidak sempat bertemu dengannya malah PBS juga tidak dapat berlansung dengan lancar kerana hal-hal kecil ini. Hujung minggu andai tiada halangan aku bakal berangkat pula ke Ipoh menjadi guru pengiring kepada anak-anak peserta olahraga sbp di STAR. Ya, kini tiba-tiba aku menjadi guru yang serba boleh padahal dulu aku bukanlah seorang murid yang terlalu aktif. 

Berubahlah sudah hidup ini saat aku melangkah kaki kesekolah sbp dan sbt ini. Aku mula memahami liku-liku kehidupan seorang guru kini. Dan aku punya pilihan sekadar untuk mengajar atau juga memilih untuk menjadi murabbi, mendidik anak-anak ini menjadi yang terbaik. Apa pun ia, pilihan kini di tanganku, dan akulah yang perlu bijak memilih untuk mendidik golongan pemimpin masa depan ini.

Apakah harga pengorbanan mereka???

Cerita disedut dari FB: Sekadar kongsi cerita.

Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorg pakcik berdiri.

Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sbb selalunya ada pegawai yg tolong.
Hari ini cuti public cik..

Duit utk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - uia.

Duit dmasukkan utk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yg sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dlm mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata ini menjeling ke dlm porch pakcik itu(maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega tlihat di riak wajahnya.

Berlalu tapi perlahan..

Ingin kutahu dia naik apa..

Motor.
Dlm hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu dberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu.

RM400 utk 2org anak.
Sikit utk dirinya memadai..

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik utk ABAH yg selalu saya sanjungi..

Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh utk membalas jasa ibubapa kita..
Ini cerita dari seorang insan yang aku seludup dari FB. Namun pernahkah kita terfikir pengorbanan ibu dan ayah kita? Pernahkah kita mendengar mereka mengeluh hanya kerana bersusah payah untuk kita belajar. Kini aku telah dapat menyara hidup sendiri. Inilah masanya aku membalas segalanya payah jerih ibu dan ayah. Semoga sempat aku membalas jasa mereka yang aku pasti tak terbayar.