Thursday, March 7, 2013

Menerima dengan syukur...

2 minggu lepas dalam usrah kami ada bincang tajuk bersyukur atau redha, aku tak pasti, tapi rasanya dua-dua benda ni saling berkaitan. Selalunya apabila kita redha dengan sesuatu maka kita menunjukkan kita bersyukur dengan sesuatu biar pun kita rasa sesuatu yang terjadi seperti perkara keburukan kepada kita. Namun begitu sebenarnya kita pasti adanya sebab yang munasabah dan sesuatu yang tersembunyi untuk kebaikkan kita di sebaik segala kesukaran yang kita lalui.

Kebelakangan ini, aku terasa sangat bersyukur dengan apa yang DIA telah kurniakan pada diri ini. Seringkali saat lalai dan terlalu suka dengan nikat ini aku jadi terlupa bahawa hanya kepada DIA sebenarnya yang layakaku mohon kesyukuran ini. Terasa aku berada di dalam rahmatnya. Mungkin juga berkat doa ibu yang tak pernah putus-putus untuk kebahagian anak-anaknya. 

Dalam kegembiraan dan nikmat ini kadang aku takut aku jadi lalai dan leka dengan apa yang DIA kurniakan hinggakan aku terlupa untuk bersyukur. Aku mohon di kurniakan sahabat-sahabat yang akan sentiasa mengingatkan aku apabila aku terlalu leka dengan nikmatMU. Aku takut aku sebenarnya tak layak merasai kenikmatan ini. Adakah nikmat ini untuk menguji aku. Semoga aku tak lalai, semoga aku sentiasa mengingati dan bersyukur dengan nikmatMU.

Andai aku hitung semua nikmatMU maka terasa malulah aku kepada dirimu. Sedangkan terlalu banyak nikmat yang telah ENGKAU namun aku masih lagi kurang bersyukur. Aku mohon kepadaMu jangan engkau lalaikan aku dengan nikmat ini, dan ENGKAU jadikan aku golongan yang sentiasa bersyukur padaMU dan sentiasa mengingatiMU.

No comments:

Post a Comment