Thursday, June 27, 2013

Selamat maju jaya wahai sahabat!

Hari ni, 27/06/2013 adalah hari terakhir cikgu Naowarat kat SMSAH. Sedih rasa hati ini, maklum la Na, adalah kawan yang paling rapat dengan aku. First masuk dekat situ, memang la cikgu lain pun menyapa tapi masalahnya masing-masing bila dah ada group sendiri biasa la susah jugak kita nak masuk. Na adalah orang pertama yang ajak aku pergi makan sekali dan pertemuan pertama itu membuahkan sebuah pohon persahabatan yang erat antara aku dan dia. 

Minggu ni minggu terakhir Na kat sekolah, tapi mujur juga aku dah mula boleh sesuaikan diri di sekolah, walau nanti tak dak Na kat sekolah rasanya aku boleh lalui hari-hari seperti biasa. Cuma bezanya aku mesti sunyi sebab tak dak orang nak bersembang dan lepak-lepak. Bolah dak aku doa nniar dia dapat jadi guru ganti dekat sini. Ada la kawan kat sini kalau dia ada. 

Na, adalah kawan non-muslim and non-malay pertama yang aku rapat. Dulu walau kat UIA, aku tak pernah ada kawan non-malay yang boleh dibuat kawan baik. Maybe sebab course aku yang sememangnya hanya ada Malay, maka aku tak berpeluang menyertai kawan-kawan non-malay. Tapi Naowarat tak sama macam kawan di UIA, sebabnya dia memang warganegara Malaysia cuma dia berbangsa siam. Dan yang paling senang sebab dia dah faham budaya orang melayu dan muslim. Senang kawan dengan Na.

Mungkin sesekali boleh saja aku jumpa dengan Na, rumah Na bukan la terlalu jauh dari sekolah pun. Ada waktu aku still boleh lepak dengan NA. Bezanya, aku dah tak jumpa Na di sekolah. Nampaknya aku perlu cari teman makan baru. Aku akan perlukan masa untuk cari kawan baru, aku harap nanti mungkin akan ada cikgu yang baru posting dekat sini, dan bolehlah jadi gang dengan aku. 

Apa pun semoga Naowarat dapat kerja sebab dia nak cari duit untuk wedding dia. Dan dia pun akan happy selalu dengan husband dan parents. Selamat maju jaya Naowarat!

a picture of us together on the last day!

Tuesday, June 25, 2013

Masih ada yang tertunggak...

Hampir saja aku melupakan terus hobiku yang satu ini. Mengapa??? Pastinya kerana aku tak punya waktu senggang walau untuk diri sendiri. Bukankah hobi itu untuk mereka yang mempunyai masa lapang. Mungkin ramai yang mencemuh kenyataan aku itu, kerana apa??? Kerana aku hanya seorang guru biasa. Kata mereka kerjanya mudah, masuk sekolah pukul 7.30 pagi dan pulang 2 petang. Habis kerja pulang ke rumah dan banyak yang aku boleh lakukan waktu terluang itu. Ya, pasti itu kerja guru dulu, bezanya umpama langit dengan bumi. Kini, terlalu banyak aktiviti yang terpaksa di lakukan, itu baru saja menyebut soal  ko-kurikulum anak-anak ini disekolah, belum lagi termasuk kerja-kerja pengkeranian yang terpaksa di lakukan. 

Bukan aku ingin merungut dengan kerja ini yang aku pilih sendiri tapi sebenarnya aku ingin mereka diluar sana mengetahui realiti sebenar kehidupan seorang guru. Jangan hanya menunding jari kepada guru apabila anak-anak tidak mencapai kecemerlangan yang diingini. Guru bukan hanya mengajar seorang murid, beratus, malah beribu anak-anak murid lain, hinggakan kadang anak sendiri tak terjaga. Aku kini bercakap dari perspektif seorang guru muda dan anak seorang guru.

Banyak yang tertunggak dengan kerja-kerja ini. Aku bersemangat ingin menyelesaikan soal SAPS, tapi hingga kini tak dapat aku selesaikan kerana masalah teknikal. Malah ada juga pelajar yang terlalu aktif hingga aku tidak sempat bertemu dengannya malah PBS juga tidak dapat berlansung dengan lancar kerana hal-hal kecil ini. Hujung minggu andai tiada halangan aku bakal berangkat pula ke Ipoh menjadi guru pengiring kepada anak-anak peserta olahraga sbp di STAR. Ya, kini tiba-tiba aku menjadi guru yang serba boleh padahal dulu aku bukanlah seorang murid yang terlalu aktif. 

Berubahlah sudah hidup ini saat aku melangkah kaki kesekolah sbp dan sbt ini. Aku mula memahami liku-liku kehidupan seorang guru kini. Dan aku punya pilihan sekadar untuk mengajar atau juga memilih untuk menjadi murabbi, mendidik anak-anak ini menjadi yang terbaik. Apa pun ia, pilihan kini di tanganku, dan akulah yang perlu bijak memilih untuk mendidik golongan pemimpin masa depan ini.

Apakah harga pengorbanan mereka???

Cerita disedut dari FB: Sekadar kongsi cerita.

Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorg pakcik berdiri.

Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sbb selalunya ada pegawai yg tolong.
Hari ini cuti public cik..

Duit utk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - uia.

Duit dmasukkan utk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yg sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dlm mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata ini menjeling ke dlm porch pakcik itu(maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega tlihat di riak wajahnya.

Berlalu tapi perlahan..

Ingin kutahu dia naik apa..

Motor.
Dlm hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu dberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu.

RM400 utk 2org anak.
Sikit utk dirinya memadai..

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik utk ABAH yg selalu saya sanjungi..

Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh utk membalas jasa ibubapa kita..
Ini cerita dari seorang insan yang aku seludup dari FB. Namun pernahkah kita terfikir pengorbanan ibu dan ayah kita? Pernahkah kita mendengar mereka mengeluh hanya kerana bersusah payah untuk kita belajar. Kini aku telah dapat menyara hidup sendiri. Inilah masanya aku membalas segalanya payah jerih ibu dan ayah. Semoga sempat aku membalas jasa mereka yang aku pasti tak terbayar.

Memulakan sebuah perjalanan hidup...

Dengan ini telah terjawab segala teka-teki yang lama tak terjawab. Aku kini akan tetap di sini. Sekolah Menengah Abdul Halim bakal menjadi tempat pertama penempatanku. Maka dengan ini aku akan mencari keikhlasan di hati mencurahkan bakti di bumi JENAN. 

Aku pasti DIA telah mencorakkan masa depan yang terbaik buat diri ini. Aku menerima takdir yang telah ditulis buat aku. Pasti satu masa nanti aku akan ketemu juga hikmatnya. Dekat dengan rumah dan keluarga. Aku bersyukur, kerana aku telah mendapat apa yang aku imginkan sedangkan masih ada kawan-kawan yang masih belum ke temu jalan penyelesaian dalam kemelut ini.

Apa pun jua kini aku perlu mencurahkan sepenuh hati kepada amanah yang telah di berikan kepada diri ini. Mensyukuri apa yang telah diberikan dan sentiasa dekat dengan DIA yang telah memberikan aku rezeki ini. Dengan ini berakhirnya sebuah penantian buat diri dalam menentukan jalan hidup. Aku kini melangkah kesebuah lagi penantian dalam hidup ini.

Kematian adalah hakikat kehidupan...

Baru saja kehilangan seseorang dalam hidup. Terasa kehilangan, namun redha dan pasrah apatah lagi jelas kelihatan senyum di wajah pucatnya. Ini yang terbaik kepada kami maka aku percaya apa saja yang berlaku pasti punyai hikmahnya. Namun dalam diri ini bergolak juga rasa kesakitan atas kehilangan itu. Walau aku sebenarnya aak jauh dari dia, namun ramadhan dan syawal ini pasti rasa janggal tanpa dirinya.

Dia anak sulung arwah to dan tok wan, abang papa tersayang. Dia pak chaq yang dulu amat payah aku temui kerana kerjanya yang jauh dari kampung. Pencennya pak chaq membuatkan aku lebih mengenali insan ini. Masih aku ingat dulu andai aku bermalam di kampung kami akan beramai-ramai sembahyang berjemaah, imamnya pak chaq sendiri. Kadang Pak Chaq juga rajin menyemak bacaan hafalan surah-surah lazim kami. Pak chaq juga banyak berpesan tentang pahit manis kehidupan. 

Pak Chaq mungkin dikategorikan sebagai lelaki tipikal melayu, tapi pak chaq kadang tetap ringan tulang membantu memasak dan membasuh pakaian. Hayatnya pak chaq tidak ingin menyusahkan sesiapa, sakitnya kadang disembunyikan hinggakan ke akhir hayat kami sendiri tertanya di mana sakitnya pak chaq.

Pemergiannya sebenarnya merenggut sedikit ketenangan jiwa ini, manakan tidak baru dua minggu lepas aku pulang ke kampung, berbual mesra dengan pak chaq. Kelihatannya tiada yang tidak kena dengan pak chaq. Sungguh aku tak menyangka pertemuan itu adalah yang terakhir. Masih terbayang senyuman dan wajah pak chaq. Segalanya terimbas sendiri saat mendapat berita pemergiaannya. Ya, aku sedikit terganggu emosi juga rasa bertukar sama dengan kesuraman di kampung. 

Doaku kini, bahagialah pak chaq di sana. Moga ke temu dengan ketenangan yang abadi. Segala kenangan pasti akan tersimpan, dan aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan insan-insan yang telah lama meninggalkan diri ini.