Saturday, May 26, 2012

Dan aku pun terpaksa pergi....

Hari ni, 25 Mei, berakhir sudah hari-hari praktikalku yang amat mencabar. Mencabar dengan pelbagai sebab, anak-anaknya, cara aku ke sekolah, jadualnya dan pelbagai sebab. Namun hari ini terpaksa juga aku tinggalkan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu sebagai seorang guru pelatih. 

Pelbagai suka duka sudah aku corakkan di situ, yang pasti andai kata satu hari nanti aku terlintas di hadapan sekolah ini pasti aku dapat tersenyum sendiri. Cabarannya banyak namun menjadi kenangan terindah yang terlakar di kanvas hidup ini. Hari ini bermula indah dengan jamuan perpisahan, bukan semua tapi hanya mereka-mereka yang aku rasa istimewa di hati, makan dan bergelak ketawa tanpa sedar masa berlalu, tanpa sedar jua perpisahan menanti. Sibuk bergambar moga menjadi kenangan abadi. 

Aku tatap satu persatu wajah-wajah itu, mungkinkah bertemu lagi, mungkinkah ini pertemuan terakhir kami. Aby, Pazira, Farah, Amira, Dalila, Arfah antara pelajar yang baik, yang aku sayangi yang seringkali menenangkan aku saat hati ini gundah dan gelisah, saat api kemarahan datang menjulang, yang bisa buat aku senyum semula. Hari yang sibuk buat diriku, berbelah bahagi di hati antara gembira dan sedih. Gembira kerana hari-hari sensara ini akan berakhir, namun sedih kerana terpaksa meninggalkan mereka, buah hatiku. Selesai mengawasi kelas 2 Analog, aku berjalan perlahan menuju ke kelas itu, kelas penuh kenangan 1 Analog.  Penuh dengan kerenah, yang kadang menyakitkan hati, yang kadang mengundang tawa, kadang mengundang gelisah, kadang mengundang amarah, sungguh penuh warnanya. Kelas ceria itu aku singgah buat kali terakhir.

 Ternampak ada poster warna-warni, hati ini terharu, sungguh rasa terharu. Aku renung satu persatu wajah itu, Sissoho, Riddzwan, Qadir, Aidil, Jamil, Umar, antara wajah-wajah yang bakal ku rindu. Namun ada juga wajah yang teramat aku ingin tatap, namun tiada di situ, sayangku kemanakah kamu? Kerenah dan gelagat mereka mewarnai hidup ini, paling aku tak percaya melihat sekotak dunkin donat daripada hero-heroku ini. Di suruh bergambar, semuanya malau-malu, aku hanya ingin mengabadikan kenangan bersama merek ayang aku sayang. Terasa tak puas bersama mereka. 

Ingin juga berterima kasih kepada guru-guru yang banyak menunjuk ajar, hari ini di sediakan juga jamuan perpisahan. Terasa diri ini di terima di situ, Kak Lin dan Kak Zuna yang banyak memberi tunjuk ajar. Kak Aizan yang juga murah hati dengan nasihat dan cadangan, semua guru-guru yang tak jemu menegur. Terima kasih SMKSP atas kenangan yang terabadi di hati.


No comments:

Post a Comment