Tuesday, July 27, 2010

biarkan dia pergi 2

“Tahun ni aku rasa aku macam tak larat nak join mana-mana sport la, macam penat je. Lagi pun aku nak focus for the exam la.” Aulia bersuara selepas menyedut air cincau kegemaranya. Terbuntang mata Zafira mendengar kata Aulia. Pelik benar bunyinya. Bukan seperti Aulia yang berkata-kata.
“Kenapa la Cik Aulia oi. Dulu kau yang beria-ia cakap tak baik malas bersukan. Jangan asyik nak study je. Kesihatan kena jaga juga. Sports are important not only to our body also to our mind.” Zafira mengejek ayat-ayat yang pernah diucapkan kepadanya sewaktu mereka di tingkatan 3 dulu. Tenang saja Aulia bila disindir begitu. Dia terus menyedut air di dalam tin. Mukanya yang cerah berkerut sedikit apabila di panah matahari.
“Aku rasa dah sampai masanya aku bersara la. Bagi peluang dekat muka-muka baru. Lagi pun SPM ni kan akan menentukan hala tuju kita. Dulu tu PMR, lain sikit. Tak sama dengan situasi sekarang.” Perlahan saja nada suara Aulia. Mereka yang masih lagi bersandar di pokok bangun sebaik saja kedengaran laungan suara Ilham ketua rumah merah memberi arahan supaya semua ahli berkumpul.
“Next week kita akan mengadakan pemilihan peserta-peserta untuk setiap acara yang dipertandingkan, so if anyone interested please be ready. Ok, guys thank you. That’s all, dismiss. Ilham melangkah ke arah Zafira dan Aulia sebaik semua mula beredar. Dia menggalas bersama beg sukan yang berisi bekas minuman dan beberapa buah fail.
“Hai, dah nak balik ke?” Ilham bersuara gatal menarik lengan baju Aulia. Aulia yang tahu siapa yang menggangu hanya melangkah terus mendapatkan begnya yang telah ditinggalkan di bawah pokok.
“Amboi sombongnya Cik Aulia Haziqah ni, dah la jalan cepat-cepat. Nak pergi mana tu.” Aulia mengangkat begnya dan melibasnya ke arah Azwan. Tangkas tangan Ilham menepis dan menangkap beg tersebut sambil tersenyum. Zafira yang sedari tadi hanya melihat kelakuan sahabatnya hanya tersengih, tahu benar sikap kekasih Aulia yang suka mengusik itu. Ilham sudah hampir 2 tahun menjalinkan hubungan cinta dengan Aulia.
“Ha, kan dah keluar bunga silat dia. Kau nikan, cepat sangat melatah la.” Zafira menegur Ilham yang cepat saja tangannya menepis pergerakan Aulia tadi.
“Alah, dah terbiasa la. Aku dah boleh baca dah pergerakan buah hati aku ni.” Ilham hanya mengekori dua sahabat itu.
“Nak aku hantarkan ke or nak tunggu cik abang kau tu Fira?” Zafira hanya tersengih.
“Iye la, nak suruh aku tunggu la tu. Pergi la panggil dia. Sudah-sudah la practice. Kejap lagi dah nak magrib, mak kau bising pula. Sapa yang susah. Aku juga.” Aulia hanya tersenyum memerhati gelagat Ilham dan Zafira. Mereka memang rapat malah rumah mereka bersebelahan, kerana itu Zafira selalu datang bersama Ilham. Antara mereka Ilhamlah yang paling tua Mereka terlalu rapat hingga gugur sudah panggilan abang yang mereka sepatut gunakan terhadap Ilham. Malah ibu bapa mereka juga rapat dan saling mengenali antara satu sama lain. Manakala dia dan Aiman Ihsan pula berjiran di taman bersebelahan taman Azwan dan Zafira. Dan apa saja yang terjadi selalu dialah yang akan di pertanggungjawabkan. Dia umpama abang kepada mereka, namun entah bagaimana dia boleh bertukar rasa sayang kepada cinta terhadap Ilham. Malah dia tak bertepuk sebelah tangan. Zafira yang menjadi orang tengah perhubungan mereka. Kini mereka masing-masing mendapat restu orang tua, asal saja mereka tahu menjaga batas dan pelajaran juga tidak terabai.


“Ala, cepatnya sampai. Kan aku dah pesan bawa kereta slow je. Tak sempat aku nak bermesra ni.”. Aiman Ihsan yang berada di belakang kereta yang duduk bersama Zafira mengeluh.
“Dah jangan nak mengada-ngada. Turun cepat aku nak balik dah ni. Nak bermanja konon. Hari-hari jumpa tak puas lagi.” Cepat Ilham memusingkan badannya dan menampar paha Aiman.
“Wei la. Main kasar pula. Ok la sayang. Orang dah halau tu. Aku balik dulu. Take care. Jaga-jaga dengan buaya darat ni” sempat Aiman Ihsan berpesan kepada Zafira yang turun mengubah tempat duduk disebelah Ilham. Dijegilkan biji mata ke arah Ilham yang sedang berbisik menyatakan sesuatu kepada Aulia. Kelihatan Aulia hanya tersenyum hambar dan mengangguk.
“Ok bye. Abang take care ok. Kirim salam dekat your parent, kau juga Fira cakap dekat mummy nanti hujung minggu aku datang” Aulia bersuara lembut melambai ke arah Ilham dan Zafira. Hanya dia yang masih lagi mengekalkan panggilan abang terhadap Ilham, atas permintaan Ilham yang ingin dirinya di hormati oleh kekasih hatinya.

No comments:

Post a Comment