Wednesday, January 4, 2012

Wani jealous ke?

Rasanya 2,3 hari lepas, dapat invitation from one of the friend for her engagement day. Malam tu sembang-sembang dengan roommate sambil makan-makan buah-buahan, yang macam-macam, dan mula la nak bergosip. Kalau dah perempuan, mesti tajuk-tajuk biasa la, artis, examination, makanan, and sampai la masuk satu tajuk, berkeluarga!

Tajuk yang agak sensitive bila masuk usia sekarang, bukan la sebab dah jadi anak dara tua or something like that cumanya sekarang ni dah masuk musim-musim kawan-kawan mula berdua, berkeluarga, berkahwin, bertunang, menukar status masing-masing, dari single kepada engage, dari Miss ke Mrs. Dari seorang kepada berdua, kesimpulannya berdua denganmu pasti lebih baik bak kata Acha. 

Dan terkeluar juga la dari mulut cik Wani, jealous la pula tengok kawan-kawan yang dah bertukar status ni. One of my roommate asked me back, “Wani jealous tu sebab memang Wani dah ada rancang ke nak kahwin umur-umur macam ni?”. That question make me think back. Betul la juga, kenapa mahu jealous, melainkan aku pun rancang nak kahwin umur sekarang. Sebenarnya, tak terasa sangat pun, sebab dalam kepala dah set kalau boleh umur berapa-berapa baru nak nikah. So, still ada beberapa tahun nak sampai usia tu. 

Cumanya bila tengok orang yang berdua ni, rasa sikit perasaan cemburu tu sebab macam best ada orang care, ada orang yang kita nak share feeling and macam-macam la. Tapi kalau fikir-fikir balik sungguh tak matang sebab fikir pasal tu saja. Kenapa tak fikir pasal tanggungjawab sebagai isteri, sebagai anak bila dah ada satu lagi family, bila ada anak nanti tanggungjawab sebagai ibu, tambah-tambah bila kita berkerjaya. Berat sangat kalau kita betul-betul fikirkan dari segala segi. Kalau dulu tak kisah nak makan apa, or nak makan pukul berapa, after nikah, kena fikir cik hubby nak makan apa, tak boleh nak ikut suka hati saja. Terasa berat sangat responsibility after akad nikah. 

Kesimpulannya, tak payah nak jealous sangat pun, sebab masing-masing ada pros and cons, especially aku yang masih lagi memegang jawatan pelajar sepenuh masa ijazah pertama. Lebih baik fikir nak study, macam mana nak dapat result yang gempak,  or maybe nak graduate dengan first class, lepas tu fikir macam mana nak stabilkan kewangan, lepas tu boleh la nak berseronok sikit-sikit, lepas tu baru la fikir pasal nak hidup berdua. Lagi pun tak nampak lagi bayang-bayang calon, jadinya just stay focus on the study and kalau dah kerja stay focus to my career. BE HAPPY!

No comments:

Post a Comment