Tuesday, January 31, 2012

Alhamdulillah!

Hanya kata syukur yang mampu aku terbitkan dari bibir ini saat aku melihat keputusan peperiksaan terakhir sebelum menghabiskan pengajian di bumi UIA tercinta ini. Walau tak mampu sudah aku gapai gelaran yang aku impikan itu kerana sebab-sebab tertentu, namun keputusan yang aku perolehi benar-benar di luar jangkaan. Syukur padaMu Ya Allah kerana memberikan kebahagiaan ini. Semoga dengan adanya keputusan ini dapatlah membantu dan mendorong aku melalui hari-hari praktikal dengan lebih yakin dan bermotivasi. Aku berharap dengan ini dapatlah di kurangkan rasa gundah dan gelisah di hati. Mampu aku tersenyum gembira kini, kejayaan ini pasti buat mama. Semoga berjaya juga aku harungi praktikal ini dengan jayanya dan akan terus aku berjaya di masa hadapan dan dapat merealisasikan impian ingin menjadi pendidik yang mampu mengubah nasib dan masa depan anak-anak didiknya. Amin...

No comments:

Post a Comment