Friday, January 13, 2012

Aku melihat bahagia...

Biarkan aku tersenyum walau untuk seketika,
Biarkan aku gembira walau untuk sesaat,
Walau hanya sekejap menatap matamu,
Walau hanya seketika melihat senyummu,
Kerana hanya kamu yang memberi cahaya,
Kerana hanya kamu yang memberi sinar,
Bersamamu aku melihat matahari, 
Bersamamu aku melihat bulan, 
Kerana hanya ketika itu aku,
Aku melihat bahagiaku.

No comments:

Post a Comment