Friday, January 27, 2012

Kembali ke daerah sunyi…

12 tengah hari esok akan bermulalah sebuah lagi perjalanan ke daerah sepi itu. Hati ini terasa hilang dalam khayal yang panjang saat cuba mencari arah yang harus aku tuju bagi menghilangkan segala rasa yang bersarang di hati. Hati ini pasti tertinggal di sini, namun perjuangan harus di teruskan, walau sunyi walau terasa sepi segala perjalanan harus di teruskan. Demi sebuah tanggunjawab dan harapan aku harus tabahkan diri menempuhi apa yang bakal berlaku di hadapan.

Bermula lagi perjalanan penuh kesepian ini, sendiri aku lalui tanpa peneman yang memahami. Walau ada mereka di sekeliling tetap juga aku menanggap aku sendiri kerana makna sebuah sendiri itu aku yang tafsirkan. Yang mereka tidak tahu apa itu sepi aku dan apa itu sendiri aku. Kerana sendiri dan sepi aku itu mungkin tidak sama dengan mereka, maka hanya berdiam dalam kesunyian itu. Terpaksa lagi aku berjalanan tanpa penggantungan kerana segalanya ternyata hanya aku sendiri.

No comments:

Post a Comment