Minggu lepas baru dapat surat jemputan konvo, jadinya berkobar-kobar semangat nak buat persiapan nak konvo. Tapi tak tunggu surat pun dah over excited dah. Bukan senang nak gengam segulung ijazah ni. Orang lain 3 tahun, aku sekali nak dapat ijazah 4 tahun, belum campur dengan matrik 2 tahun. 6 tahun aku habiskan hanya untuk dapatkan ijazah sarjana muda aku ni. Orang lain dah kerja, orang lain dah nak habis buat master, aku baru nak konvo untuk degree aku ni. Sebab tu aku memang sangat excited, nak jadi cerita, aku kan anak sulung mesti la mama pun excited. Walaupun semua excited and happy, malang sekali konvo ni, waktu adik-adik exam. Abang dalam exam period, cik pun baru nak start exam, adik pun tengah-tengah nak exam. Kesimpulannya, hari konvo nanti mama and papa sahaja yang akan menghadirkan diri mereka. Tu pun dah cukup sebabnya bagi aku mama la insan yang paling penting perlu ada hari tu.
Aku kalau bab-bab persiapan nak konvo ni memang beria-ia, tapi ada lagi insan yang sama beria dengan aku, sapa lagi kalau bukan mama. Awal-awal lagi elok saja aku habis practical and kursus bina insan guru mama dah tanya,"Kakak nak cari baju convo yang macam mana?" waktu tu aku masih lagi dok fikir baju macam mana aku nak pakai waktu convo, dalam hati aku yang penting pink. Mama kata maybe tunggu waktu raya sebabnya bila nak raya banyak juga baju design baru yang sampai, maklum la kat sini bukan macam kat KL, lambat sikit design baru sampai. Dalam sibuk-sibuk nak beli baju aku pun mesti la teringat nak buat clearance dekat UIA sana, tapi janji dengan depa nak buat lepas raya aku pun relax ja. Tapi lastly tak jadi bulan puasa juga aku tawaf UIA selesaikan apa yang patut. Dah settle clearance kat sana aku lega.
Balik rumah dalam seminggu puasa aku jalan-jalan dengan mama dekat dengan bazar-bazar yang buka depan Yawata, mata aku pun ternampak baju yang aku rasa berkenan dekat hati, aku bagi tau mama, and mama pun tanpa banyak soal ajak aku jalan-jalan kat situ. Ada dua baju yang aku suka, satu baju cotton viscous pink kosong dengan bunga-bunga reben and ada beads, lepas tu next kedai ada baju kain chiffon pink kosong, ada manik-manik cantik juga. Aku mana la boleh nak buat pilihan on the spot, mama pun ajak la shopping barang dapur dulu. At the end aku pilih baju chiffon pink dengan manik-manik. Bagi aku semua tu dah cukup la, dapat baju baru sepasang dah rasa best sangat.
Semalam keluar jalan-jalan dekat Pasific mama cakap nak beli baju hadiah dekat papa, jalan-jalan la kami setengah hari. Papa dapat 2 pasang baju and sepasang kasut. Mama pun nak cari kasut baru, aku just nak tengok-tengok ja, tak ada hati pun nak pilih kasut ni. Kasut aku dah ada beli waktu nak practical baru lagi. Tapi bila mama offer, tak kan nak tolak, rezeki tu. Aku pun pilih la, agak-agak yang selesa dan boleh di buat jalan-jalan jugak. Done with kasut and baju. Satu lagi benda yang ada dalam kepala aku, tudung. Hari ni aku dan mama keluar pekan Jitra, menuju kedai tudung yang selalu kami borong tudung, nak tempah tudung. Punyala cari macam mana nak buat tudung bagi matching dengan baju, aku pilih tudung putih dengan manik pink and silver. Tempah exclusive dekat mak cik kedai tu (exclusive la sangat).
Betapa dasyatnya dan berianya preparation untuk konvo ni. Macam nak bertunang la pulak. Tapi mak cik kat kedai tu cakap, "Tak pe sekali seumur hidup", aku gelak la saja. Tapi mama is the best sebabnya semua preparation ni keluar dari poket mama 100%. Tanpa mama memang tak merasa aku nak beria-ia macam ni. Mama sediakan segalanya buat aku, kata mama bukan senang kakak nak dapat degree sampai 6 tahun, macam-macam kakak lalui sorang-sorang dekat sana, so this is the time for you to get the best. Lagi pun mama kata result pun ok, aku kena enjoy this moment. Aku berterima kasih pada mama, sebab tanpa mama aku mungkin tak dapat nak dapat ijazah ni, tanpa mama tak mungkin aku dapat preparation macam ni. Mama is the one who is always knows the best for her daughter. She is the best in the world. Semoga nanti hari konvo kat sana berjalan lancar dan dipermudahkan urusan aku nak pergi sana, dan semoga mama dan papa pun di mudahkan urusan nak hadir hari tu nanti