Saturday, September 29, 2012

Tinggal lagi seminggu...

Hari ni, dah siap semua persiapan untuk minggu depan. Tinggal lebih kurang seminggu saja lagi. Bakal berkampung di UIA tempat mencari ilmu dan menimba pengalaman. Kawan-kawan ada yang dah pun sampai di Gombak, dah siap ambil jubah. Teruja sangat rasa hati, tapi kalau awal aku sampai di sana dekat mana pula nak menumpang. Walau pun nanti nak pergi sekejap saja, tapi takut juga menyusahkan kawan, maklum saja kawanku bukan lagi seperti dulu, kini terpaksa dia mengutamakan suaminya. 

Teringin juga nak buat sesi fotografi dengan kawan-kawan tapi rasanya masing-masing sibuk. Yana dengan urusan mak yang bakal menunaikan haji, Nur dengan urusan kerja, dan aku walau tiada urusan, menjadi sendirian kerana sahabat-sahabatku itu semuanya sibuk belaka. Tapi di harapkan hari itu nanti sempat kami bersua walau seketika. Rindu kawan-kawan dan teringat saat masih lagi bergelar pelajar. 

Tapi ada juga sedikit kerisauan, aku yang sangat benci tempat yang sesak, aku yang sangat bencikan majlis yang panjang dan penuh protokol. Bagaimana harus aku laluinya. Sangat tak sabar, tapi sangat risau. Malam Khamis aku akan memulakan perjalanan dengan bas menuju ke Duta. Aku berharap tiada lagi rintangan dan halangan apabila aku sampai nanti. Berdoa supaya segala urusanku dipermudahkan.

No comments:

Post a Comment