Sunday, August 1, 2010

biarkan dia pergi-3

Aulia masuk ke rumah. Kelihatan ibu dan ayahnya sedang berbual di meja makan. Begitulah mereka, petang-petang setelah berkebun ibu dan ayahnya akan minum kopi bersama sambil berbual. Dia memberi salam dan mencium tangan ibu dan ayahnya.

“Aulia nak minum, mama ada buatkan air milo. Roti bakar pun ada sekali ni.” Pelawa Puan Salsabila kepada anak sulungnya. Aulia duduk disebelah ayannya.

“Amir dengan Amar mana? Diam je tak dengar suara pun.” Mencari-cari kelibat adik kembarnya.

“Pergi rumah Najla main katanya. Aulia dan solat asar ke belum ni. Busuk-busuk balik dari sekolah.” Tegur ayahnya pula.

“Mestilah sudah dan 6 setengah dah la papa.” Aulia bersuara manja kepada ayahnya. Puan Salsabila mengambil mug dan menuangkan milo kepada Aulia.

“Hari ni Aulia ada buat aktiviti yang lasak-lasak ke? Bersukan tadi?” Puan Salsabila bersuara rendah memandang Aulia yang sedang minum. Aulia mengangkat muka seketika dan terus minum tanpa menjawab soalan ibunya.

“Tak teruk pun mama. Jogging satu padang je, tu pun slow sangat. Tak de effect la mama.”

“Mama tahu. Tapi Aulia tak boleh lasak macam dulu-dulu. Kena jaga-jaga juga. Kalau jatuh ke, susah sayang”

“Mama, susah sangat ke nak jaga Aulia sekarang ni. Semua benda yang Aulia suka Aulia dah tak boleh nak buat” Aulia sedikit memberontak. Dia bangun dan menuju ke biliknya. Katil queen bercadar biru lembut sedikit bergegar menampung tubuh Aulia yang kasar menghempaskan dirinya. Dia meraup mukanya perlahan. Dia semakin tertekan. Sejak kebelakangan ini hidupnya di rasakan terlalu terkongkong. Banyak benda yang terpaksa dilupakannya. Jungle tracking, sukan sekolah, kawad kaki terpaksa dia menjadi penonton cuma. Hatinya sakit menanggung derita perasaan yang sarat. Namun dia sedar setiap perbuatan mamanya benar belaka. Tiada yang salah. Hanya dia yang masih belum mampu untuk menerima apa yang telah tertulis dalam buku hidupnya. Seringkali dia menangis dengan ketentuan itu. Namun dia masih juga tak berjaya menerima takdir itu. Hanya orang disekelilingya sedaya upaya membantu dan meringankan beban emosi yang dirasakan makin membara umpama gunung berapi yang bakal meletus. Rasa bersalah dan berdosa mula membaluti dirinya kerana berkasar dengan ibu sendiri. Perlahan mengalir jua air mata yang cuba disimpan. Esaknya tertahan tidak ingin menyusahkan kedua ibu bapanya. Aulia menggigit bibir menahan esak yang makin menyesak dada. Cepat-cepat dicapai tuala yang tergantung dan berlalu dia ke bilik air. Di situ tempat dia selalu membuang duka dan tangis yang melanda.

No comments:

Post a Comment