Monday, August 9, 2010

biarkan dia pergi-7

“Mama, Aulia promise this is the last activity. Please mama. My teacher knows about me and there will be no harsh activity.” Aulia merayu mamanya. Dia ingin turut serta dalam aktiviti bersama kawan-kawan lain. Aktiviti terakhir sebelum SPM dan STPM bermula. Untuk memberikan mereka sedikit rehat setelah berhempas pulas dengan percubaan yang baru saja berakhir.

“Are you sure? I think there will be such activity and if it so you will be joining all of it. Aulia cuba faham keadaan sayang. Bukan mama tak nak bagi izin but with you like this I will be worried all the time while you are there.” Aulia faham benar. Teramat faham. Dengan hasil pemeriksaan yang terbaru itu keaadaan menjadi bertambah sulit. Segala rawatan semakin tidak berkesan malah dia sudah berhenti kemoterapi sejak dua bulan yang lalu. Puan Salsabila serba salah, hendak diberi keizinan dia takut menyesal nanti tidak diberi ke izinan dia ingin melihat Aulia gembira menghadapi hidupnya yang tidak tahu bila akan berakhir itu. Aulia mengeluh perlahan bukan ingin menyalahkan mamanya apatah lagi takdir yang tertulis tapi sebenarnya dia rasa makin penat dengan hidupnya yang sangat terkongkong. “Ok mama. Aulia ikut cakap mama. But mama, you still can think about it, right. Kalau mama nak ubah fikiran ke?” Aulia memeluk ibunya sebelum berlalu ke billik setelah selesai mengelap pinggan mangkuk makan malam mereka.

Telefon Aulia tiba-tiba bergetar. Jam menunjukkan pukul 11. Ilham yang menelefon. Sebelum dia tidur dia pasti akan menelefon Aulia. Dia akan bangun pukul 5 pagi semula untuk mengulangkaji dan juga sekali lagi menelefon Aulia untuk mengejutkan Aulia bangun untuk sama-sama mengulangkaji.

“Assalamualaikum.” Aulia memula bicara menyahut paggilan dari Ilham.

“Waalaikumsalam. Tengah buat apa? Harap tengah study. abang tengah study chem ni” “Ika tengah buat math mode, kertas exam tahun abang. Patut la abang dapat A, senang je.”

“Belagak la. Abang tahu la Ika memang terror subject tu. Cuba try fizik tahun abang. Confirm tak boleh punya” tahu benar kelemahan Aulia kepada subjek fizik. Ilham mendengar Aulia mendengus di sebelah sana.

“Tahu pun. Hehe. Esok nak bangun awal ke? Nanti abang miss call.”

“Ha, miss call je, kedekut la.”

“Erm abang kena safe la sayang oi, ibu dah top up 30 sebulan kena buat budjet la.”

“Ok. Ika faham la. Selalu pun abang miss call je. Tak kot, Ika nak tidur lewat sikit malam ni so esok bangun lewat sikit.”

“Ok, tak boleh solat ek. Selalu kalau tak boleh solat je Ika nak bangun lewat.”

“Iye. Abang…” Aulia diam seketika. “Mama didn’t give permission”

“For the activity?” Ilham di sebelah sana meletakkan pensel di tangan ke atas buku. Dia bangun dan mengadap tingkap yang terbuka merenung bintang dan bulan.

“Abang dah agak la. Kalau abang pun maybe abang tak bagi Ika pergi. Ika kena faham mama. Hari tu dia ada cakap dengan abang, minta tolong tengokkan Ika kat sekolah. Tak pe la. Bukan ada apa sangat pun”

“Ika faham. Ika tak marah mama. Ika terima je.” Aulia juga saat itu merenung bulan yang sedang mengambang penuh. Cantik dan berseri.

“Good girl. Ika sabar la, ni semua dugaan untuk Ika. Maknanya Allah sayangkan Aulia Haziqah, sebab tu dia duga Ika. Allah tak akan beri dugaan kalau Dia tahu Ika tak boleh nak hadapi. Fahamkan?” Ilham memujuk lembut. Aulia mengangguk seolah-olah Ilham boleh melihatnya.

“Ok. Ika ok la. Ika tahu and Ika dan terima semua ni. Mungkin ada yang lebih baik menanti Ika kat sana.” Perlahan dia menyapu air mata yang entah bila mengalir dan cuba juga dia menyembunyikan sendu yang bertandang.

“Ok. Pergi la sambung study. Take care. Sweet dream. I love you sayang.”

“Ok, take care too. Sweet dream. Love you too.” Ucapan Aulia ibarat belati menikam hati Ilham dia takut menanti saat kehilangan Aulia. Entah sampai bila dia dapat mendengar suara Aulia mengucapkan kata-kata lembut memujuk dan merajuk. Mengucap kata-kata cinta. Dia menangis dalam hati. Merintih sendiri.

No comments:

Post a Comment