Friday, August 6, 2010

biarkan dia pergi-6

“Dah puas?” Ilham mengelap pinggir bibir Aulia yang comot dengan kek yang dimakan. Blueberry cheese cake adalah kegemaran Aulia. Dia tahu benar akan kesukaan dan kegemaran kekasih hatinya, namun dia tidak tahu sampai bila lagi dia boleh melihat betapa berseleranya Aulia menyuap kek sambil tersenyum padanya. Keputusan pemeriksaan tadi menunujukan sel darah putih yang makin meningkat. Aulia terpaksa bertukar ubat lagi. Leukemia itu telah meragut kebahagiaan dirinya malah Aulia juga. Saat doctor memberikan keputusan ujian darahnya tadi Ilham lihat Aulia hanya tersenyum. Dia rungsing, sejak kebelakangan ini Aulia tidak lagi menangis seperti selalu dia hanya menerima saja apa yang berlaku. Dia tidak kisah andai Aulia mula menerima dengan redha dengan apa yang ditakdirkan namun dia risau Aulia telah berputus asa dengan apa yang terjadi dan tak ingin lagi berusaha untuk melawan penyakitnya. Saat mula Aulia mengetahui tentang penyakitnya, dia seolah hilang akal hanya menangis dan enggan makan walau pun dipujuk.

Tahun lepas, saat mereka sedang mendaki bukit Aulia yang memang terkenal dengan kelincahanya tiba-tiba pengsan. Semua tidak menyangka, apa yang terjadi. Sangka mereka Aulia hanya sakit biasa namun pemeriksaan doctor yang teliti telah mengesan kanser yang sedang galak membiak dalam tubuh Aulia. Dia seolah tidak percaya, Aulia tak pernah sakit dan saat dia dimaklumkan tentang cerita duka itu dia hampir rebah apatah lagi melihat wajah Aulia yang penuh duka basah dengan air mata. Saat itu hanya Aulia, dia dan keluarga yang mengetahui. Aulia tak ingin masalah kesihatannya dihebohkan. Tambahan pula kepada Zafira yang selalu lemah semangat. Dia sahabat penyayang yang tak ingin sahabat baiknya menderita dan berduka maka tinggal dia sendiri berkongsi duka dengan Aulia.

Mereka hampir saja menjalankan pembedahan pemindahan sumsum tulang. Namun takdir sekali tidak menyebelahi Aulia. Dia sekali rebah hujung minggu saat sedang membasuh kereta bersama mama dan papa juga adik-adik. Khabar duka sekali singgah, andai saja pembedahan dijalankan peluang hidup hanya 30%, tubuh Aulia makin lemah dan daya tahan badanya tak dapat menampung risiko pembedahan. Saat itu Ilham hanya mampu pasrah dan berjanji akan menggembirakan Aulia hingga saat akhir hidupnya. Dia langsung tak percaya, tanda-tanda yang ditunjukkan Aulia selama ini adalah bahana kanser yang makin menjalar, hidungnya selalu berdarah, dia selalu cepat letih. Dan paling ketara dia kehilangan berat badan walaupun tetap berselera seperti selalu.

Ilham tak pernah menyangka dia akan menghadapi saat getir itu bersama Aulia. Dia pernah membaca satu blog tentang pesakit leukemia yang berjaya sembuh, dia cuba bertanya dan cuba juga diusahakan supaya Aulia menjalani rawatan, namun semuanya menemui jalan kegagalan. Dia hampir saja kecewa dan putus asa. Saat dia makin hilang keyakinan dan hatinya penuh dengan ketakutan menghadapi kehilangan Aulia, Aulia tiba-tiba bangun dengan penuh harapan dan kekuatan. Tiada lagi air mata yang bercucuran saat dia berbicara saban malam bersama Aulia di telefon. Tiada juga sendu yang selalu bertamu di ruang anak mata Aulia. Kerana Aulia Haziqah, dia akan bangun bersama berjuang untuk menyokong kekasihnya meneruskan sisa-sisa kehidupan yang tinggal penghujung.

“Abang!” ditampar lembut lengan Ilham yang sedang tepat merenung wajahnya. “Kenapa ni? Apa yang abang tengah fikir. Abang dah nak balik ke? Nak sambung study? “menyoal Ilham yang sejak tadi hanya diam membisu di sisinya. Diajak makan tidak mahu, bila disuapkan kek dia hanya makan tanpa bicara. Ilham bukan Ilham yang selalu menemani Aulia. Ilham selalu akan berbicara tentang apa juga. Menceritakan aktiviti yang dilakukan sepanjang minggu itu.

“Eh, tak de la. Nak makan kek lagi ke? Abang order lagi. Abang saja tengok Ika makan la sayang. Kalau dah dapat kek tu, abang kat depan ni pun Ika tak nampak.” Ilham mengalih pandangan ke kaunter, menyembunyikan resah yang kerap kali bertandang terutamanya bila dia bersama Aulia.

“Nak pergi mana pula lepas ni? Nak balik terus ke or abang ada nak beli apa-apa?” Aulia menyoal sambil menyuap kek potongan yang terakhir ke mulutnya.

“Pergi kedai buku kejap. Ada buku yang abang nak beli. Jom la.” Ilham menarik tangan Aulia meninggalkan kedai sebaik membayar di kaunter. Mereka berjalan beriringan sambil berbual mesra.

No comments:

Post a Comment