Tuesday, August 3, 2010

biarkan dia pergi-4

Senyap-senyap Aulia datang mendekati ibunya yang sedang menyiapkan makan malam. Khusyuk benar hingga tidak sedar akan kehadiranya di dapur itu. Dia memeluk ibunya dari belakang. Puan Salsabila yang sedang leka mengacau sayur di dapur sedikit terperanjat. Dia membiarkan saja perbuatan Aulia itu. Bahagia meresap di hati.

“Mama, Aulia minta maaf pasal tadi.” Ada air mata yang mula bertakung dikelopak matanya.

“It’s ok. Mama maafkan Aulia. Mama faham. Tak apa Cuma Aulia kena belajar terima kenyataan.” Puan Salsabila bersuara tawar. Bukan tidak ikhlas memaafkan anaknya malah dia juga menanggung sebak yang mula bertandang. Diletakkan sudip di tangan, dia memeluk Aulia yang mula menangis.

“You are my daughter. You need to be tough to face with this entire hurdle. I know it hurt you a lot but it’s the faith. He loves you that are why you need to face with all of this trial. Mama akan sentiasa di samping Aulia what ever happen sayang. I will forever be by your side honey. Forever.” Air mata yang mula menitis dikesat laju. Sudah lama dia bertekad tak akan menangis di depan Aulia. Dia akan menjadi kuat demi Aulia. Dia akan menjadi akar ketabahan dan kesabaran buat satu-satunya anak perempuannya. Aulia mengangguk masih erat dalam dakapan ibunya.

“Promise me; you will never cry again, honey. Promise me you will be strong and will never give up.” Puan Salsabila bersuara lagi, mengangkat wajah basah Aulia dan mengesat air mata yang mengalir bagai anak sungai yang jernih. Aulia mengangguk masih lagi wajahnya basah dengan air mata. Tiada tanda-tanda akan berhenti. Makin erat pelukan Aulia, menahan sebak dan air mata. Dia juga tak ingin ibunya bersedih. Dia selalu melihat ibunya menangis di dapur sendirian. Walaupun ibunya tak pernah lagi menangis di hadapan Aulia, tapi dia tahu ada duka di hati kecil ibunya. Dia tekad kini, akan menghapuskan air mata yang menjadi teman setianya. Dia ingin bahagia menghayati hidupnya. Dia inginkan semua bahagia walau dalam derita yang panjang. Tekadnya satu, tiada lagi air mata duka, tiada lagi tangisan yang menyiksakan hidupnya. Segalanya akan berakhir dan jauh di sudut hatinya dia berdoa kepada yang Maha Kuasa agar diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan segala qado dan qadar yang telah tertulis untuknya. “Aulia janji mama. Janji. No more tears.” Perlahan dia melepaskan pelukan dan berlalu ke bilik air membasuh sisa air mata yang selama ini perlahan-lahan menjadi racun dalam perjalanan hidupnya. Perlahan Encik suhail melangkah ke ruang hadapan, ada juga air mata yang bertandang ditubir matanya. Doanya duka itu cepat berlalu.

“Aulia kenapa kau tak nak masuk acara pemilihan hari tu. Cikgu Farid ada tanya aku juga tau.” Zafira bertanya kepada Aulia ketidak puasan hatinya yang telah lama tersimpan di sudut hatinya. Aulia yang sedang asyik menyunting cerita dan pelbagai lagi karya sedikit tersentak. Soalan yang sangat ingin dielakkan olehnya. Sangkaannya persoalan itu akan hilang ditelan alunan masa yang berlalu. Namun dia silap. Zafira memang tak akan pernah putus asa.

“Mama and papa didn’t give the permission. They said that I need to focus for the exam. That it is, the only reason why I am not involving in any activities. For me it is the time to give the opportunity to others, dear.” Aulia tersenyum membalas memberi jawapan kepada Zafira yang juga sedang tekun menaip sesuatu di komputer di makmal.

“Habis, ni boleh pulak Lia?” ditujukan soalan sekali lagi buat Aulia.

“Ini tak de la penat mana pun Cik Zafira oi. Lagi pun aku kerja edit karya ni boleh juga improve my language. Ada juga faedahnya.” Aulia sekali lagi menjawab selamba. Dan dia dapat melihat Zafira hanya mengangguk kepala masih lagi memandang pc di hadapanya.

“Boleh di terima pakai alasan tu.” Masih lagi seperti tak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Aulia. Rimas dengan soalan yang bermacam-macam, Aulia bangun dan mengemas barang-barang serta kertas yang berselerak.

“Eh nak pergi mana tu? Kata nak buat kerja ni sampai pukul 4.” Zafira yang perasan Aulia yang sedang mengemas barang-barang beralih pandang kepada Aulia. Rakan-rakan lain yang turut berada di situ turut memandang ke arah Aulia.

“Aku ada kerja la. Kejap lagi kita jumpa dekat kantin ok. Jangan lewat kalau nak balik sekali. Kalau tidak kami balik dulu” pantas Aulia mengangkat beg dan berlalu meninggalkan Zafira.

No comments:

Post a Comment