Monday, August 9, 2010

Tahziah untuk sahabat tersayang (Yana)

“I’m sorry for you my dear friend” that is the only words that I can whispers in my heart in my mind. I know that I’m not that good when it come to words. To comfort you my dear friend from all of this trial. I don’t have the strength to say that you are not alone and I am here with you, though we are a part but you are in my heart. I’m willing to share that pain with you.
Untuk Yana, bersabarlah dengan segala kekuatan yang ada kerana DIa tak akan pernah menguji hambanya andai DIA tahu kita tidak mampu untuk menghadapinya. Dan sesungguhnya DIA menguji kerana sayang kepada hambanya itu. Aku? Tak mampu untuk berkata apa. Aku hanya mampu terkedu, aku hanya mampu terdiam, aku hanya mampu terkaku. Tidak banyak yang dapat aku bantu. Tapi percayalah di lubuk hati ini, aku sesungguhnya amat ingin bersamamu menadah bahu menahan tangismu kerana aku juga pernah merasai erti sebuah kehilangan itu dan aku pasti ini lebih berat buat dirimu kerana insane ini engkau berada di sini. Maaf aku tak mampu berkata apa untuk menenagkan dirimu kerana aku sendiri uga tidak tahu apa yang harus aku katakan. Sahabatku walau bagaimana berat dugaan yang engkau sedang hadapi aku mendoakan agar engkau di berikan kekuatan itu. Ingatilah DIA yang sentiasa ada ketika kita memerlukan. Pohonlah kekuatan dari DIA yang esa. Ketahuilah saat aku mendapat berita ini, aku juga terasa ingin terbang kepadamu untuk berkongsi apa yang engkau rasa, apa yang memberat di hatimu, aku ingin memeluk dirimu dan menenangkan dirimu kerana aku tahu hanya itu yang aku mampu lakukan untuk dirimu yang aku telah anggap seperti adikku. Tapi mungkin juga aku tak mampu berkongsi luka itu dengan kamu tak mampu juga menenangkan dirimu maka DIA datangkan cubaan itu ketika engkau ada mereka yang boleh menenangkan dirimu. Sama-samalah kita doakan arwah. Yang pergi tetap akan pergi dan kita hanya mampu berdoa untuk dia. Hanya itu yang mampu kita buat. Banyakan berdoa untuk kesejahteraan dia. Kerana dugaan itu tak pernah terduga dan kita sebagai hambanya hanya mampu berserah. Walau pun berat hati melepaskan namun saat tiba waktunya seru itu hanya doa yang dapat mengiringinya. Al-Fatihah buat arwah (MD AROB-ayahda tercinta sahabtaku Roziana).

No comments:

Post a Comment