Thursday, August 12, 2010

Biarkan dia pergi- 8

SPM telah 2 minggu berjalan Aulia, Aiman Ihsan dan Zafira tekun menjawab soalan yang telah diberikan dengan bekalan yang mereka sudah bertungkus lumus berusaha bersama-sama. Ilham pula dengan soalan STPMnya yang baru saja seminggu bermula. Kesihatan Aulia makin merosot. Cuba disembunyikan dari Zafira. Hidungnya selalu berdarah dan dia juga selalu batuk. Dia kini sangat sensitive dengan cuaca dan persekitaran. Namun dia kuatkan semangat untuk sama berjuang menghadapi kertas SPM bersama sahabatnya. Sokongan dari ibu bapa dan Ilham sedikit sebanyak menyuntik semangat dan ketabahan dalam hati Aulia.

“Aulia, boleh jawab tak tadi? Macam susah la. Takut la aku.” Zafira bertanya kepada Aulia sebaik keluar dari dewan peperiksan. Aiman Ihsan yang berjalan di sebelah Zafira hanya diam. “Boleh la. Soalan sama dengan trial Kelantan. Kau tak perasan ke?”

“Ha, patut la rasa macam pernah buat. Kau mesti boleh score ni. Subjek favorite kot. Aku ni tak tahu la.” Aiman Ihsan yang tadinya diam pula menyampuk. Aulia tiba-tiba batuk, mukanya kelihatan merah. Dia berusaha menahan batuk yang makin menjadi. Zafira yang berada di sebelahnya menggosok belakang Aulia.

“Guys I need to go to the washroom. See you at the canteen ok.” Aulia tergesa-gesa melangkah menuju ke tandas.

“Kenapa dengan Aulia, Man. Sejak kebelakangan ni asyik tak sihat je.” Aiman Ihsan yang di tanya hanya menggeleng, namun dalam hatinya berperang dengan keadaan. Perlukah Zafira dimaklumkan dengan tahap kesihatan Aulia yang makin merunsing. Aiman Ihsan juga turut sama menyimpan rahsia yang seboleh mungkin ingin dirahsiakan darinya. Itu pun hanya di ketahui kerana dia kebetulan berjumpa dengan bapa saudaranya yang menjadi doctor Aulia. Saat pertama kali di maklumkan tentang keadaan Aulia, dia hanya mampu terdiam dan membisu. Tak mampu mencerna setiap bait kata yang dituturkan bapa saudaranya. Dia sendiri bersemuka dengan Aulia bertanyakan kebenaran yang penuh dengan kepahitan itu. Sedaya upaya dia menenangkan perasaan. Merasa takut akan kehilangan sahabat yang amat memahami. Pada Aulia dia berjanji rahsia itu akan tetap rahsia hingga Aulia bersedia menyampaikan ceritanya kepada Zafira. Sebagai kekasih Zafira dia amat faham dengan tindakan Aulia. Lantas dia menyimpul janji dan sama-sama menjadi pendorong buat Aulia dan pemerhati Aulia di sekolah. Dia kagum dengan kekuatan yang di miliki Aulia, walau sebenarnya Aulia kelihatan lembut namun semangat juangnya tinggi. “Jom makan, kita beli dulu la.” Aiman mengajak Zafira yang kelihatan seolah sedang mengelamun sendiri sambil merening jauh ke langit. Dia menarik lengan baju Zafira ke kaunter membeli makanan.

“Aulia ok ke?” sebaik sampai ke rumah Aiman Ihsan menyoal Aulia yang dari tadi diam sepanjang perjalanan pulang mereka, walau diajak Ilham untuk singgah makan di tempat kegemarannya hanya menggeleng. Ilham juga tidak mampu memujuk dan dia hanya mengikut rentak dan gelagat Aulia. Pandangan Aulia Haziqah sayu saja mengantar Ilham dan Zafira pulang sempat juga dia memberikan “flying kiss” kepada Ilham yang memandu. Dia berpaling kea rah Aiman yang berada di pagar rumahnya. Tiada kata yang terkeluar namun dia hanya tersenyum. “Man, kita berbual petang nanti. Kat playground tempat kita selalu melepak petang-petang boleh? Lagi pun paper add math next week, and petang-petang tak elok dah study better kita ambil angin petang tenangkan minda.” Aiman Ihsan berfikir sementara memerhati Aulia yang sedang memandang tepat ke anak matanya menanti jawapan. Dia menganguk dan tersenyum. “Pukul 6 Aulia keluar ok?” “OK, tepat pukul 6 Aiman tunggu kat luar tau. Take care” bersama mereka melangkah ke rumah yang hanya bersebelahan itu.

“Mama, Aulia nak keluar pergi play ground depan sana dengan Aiman kejap boleh. Sebelum magrib Aulia balik.” Aulia yang baru selesai minum petang bersama keluarganya mengangkat cawan dan piring kotor ke dapur untk dicuci. “Ok, bawak la adik-adik sekali. Diorang nak pergi juga, boleh Aulia tengok-tengokkan sekali.” “OK nanti Aulia tegokkan diorang tu. Nakal sangat sekarang ni”

No comments:

Post a Comment