Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Idul Fitri!!!

Hari ini satu Syawal, seharusnya kita umat Islam menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan, bermakna tamatnya ramadhan dan mengahrapkan segala amalan yang dilakukan selama ramadhan ini di terima Allah. Hari kemenangan setelah sebulan kita melayan segala dugaan hawa nafsu; makan, minum, tidur, berbelanja dan pelbagai lagi. Bagi yang Berjaya melawan semua dugaan pastinya rasa syukur padaNya kerana telah diberikan kekuatan untuk meghadapi segalanya.

Hari ini tidak seperti tahun-tahun lepas, masjid tidak sesesak mana. Tidak seperti tahun terdahulu di mana masjid sesak hingga tiada tempat untuk solat. Mungkin banyak anak desa yang tidak dapat pulang menjenguk ayah dan ibu di kampung kerana tuntutan kerja atau juga kerana tahun ini giliran beraya di rumah mertua. Terdengar khutbah dari imam yang memberi peringatan kepada anak-anak qariah tentang kewajipan kita individu terhadap ibu, bapa, anak, isteri, suami dan tidak lupa juga pada yang telah tiada.

Syawal ini membangkitkan kerinduan dan kesayuan pada dia yang sudah tiada. Sudah hampir 5 tahun dia pergi namun apa yang ada di hati ini semuanya kenangan yang masih panas, seolah dia baru saja pergi meninggalkan diri ini. Segala yang manis tentang dia masih lagi tersemat dalam hati ini. Kadang pernah aku terfikir alangkah indahnya Syawal ini bersama dengan dia di sisi. Indahnya sebuah memori memang tak akan pernah hilang dari minda ini, akan ku bawa hingga akhri hayat.

Aku mengharapkan agar aku dapat merasa tradisi hari raya seperti mereka yang lain, menziarahi sanak saudara dan juga handai taulan, tapi pada siapa ingin aku tuju, kerana di hati ini tiada siapa jua yang dapat aku benar-benar jadikan sahabat atau juga sanak saudara yang benar aku panggil saudara. Alangkah indah andai kata aku punya sahabat-sahabat yang memang benar-benar aku gelar sahabat, pastinya raya kali ini meriah dengan kunjungan dan juga pelbagai cerita yang bakal di kongsi. Sanak saudara juga begitu setelah masing-masing berkerjaya, maka kita telah punya haluan sendiri tak sempat lagi berbual mesra seperti dahulu.

Dan Syawal kali ini tetap aku sendiri menganyam impian, tetap aku sendiri sepi di sini. Semoga Syawal ini membawa sinar bahagia dalam hidup yang sepi ini.

Monday, August 29, 2011

RAHSIA ITU!

Di balik matamu,
Di sudut hatimu,
Di dalam jiwamu,
Ada yang tersembunyi,
Ada yang tersimpan,
Yang pahit tak terasa,
Yang sakit tak terungkap,
Yang pedih tak tertanggung,
Yang luka tak tertahan,
Akhirnya kabur,
Terselindung dalam tawa,
Tersembunyi dalam senyum,
Menjadi racun,
Menjadi bisa,
Akhirnya menyiksakan,
Akhirnya membunuh rasa ini.

28 Ramadhan…

Dah 26 hari kita puasa, mungkin lagi 3 atau 4 hari lagi kita bakal berhari raya. Terasa ramadhan kali ini membawa terlalu banyak kelainan. Banyak yang buat aku berfikir, banyak benda yang terlekat di hati ini. Terasa sedikit asing dan terasa ada rutin yang tertinggal setelah sepuluh tahun aku berpuasa di perantauan. Terasa ada yang tidak lengkap terasa ada yang di rindu, yang tersimpan di dalam hati. Dan entah kenapa aku tiba-tiba tidak betah untuk beraya tanpa rutin yang aku selalu lakukan.

Jika dulu, tidak pernah pun aku berbuka di rumah di awal ramadhan maka tahun ini sepenuhnya puasa aku di rumah. Entah kenapa walau terdapat pelbagai juadah yang dapat memenuhi nafsuku, namun tidak terasa nikmatnya ramadhan kali ini. Aku sebenarnya rindu berbuka puasa bersama mereka, walau hanya berbekal bihun goreng dan air soya. Belum puas terasa ingin shopping sakan. Walau tidak ada sangat yang ingin di borong namun kenangan kita berjalan membelah orang ramai menjadikan aku kadang kala rindu pada sebuah kenangan itu.

Tak tahu di mana hilangnya ceria ini, tak tahu di mana hilangnya cahaya itu aku kini kehilangan dalam gelap bersama sendu yang tak pernah hilang.

Friday, August 26, 2011

Menjelang minggu terakhir ramadhan…

Sekejap saja, ramadhan dah sampai di minggu akhir. Harap-harap ramadhan kali ini membawa seribu satu kenangan indah dah semoga ibadah kita di terima olehnya. Di musim akhir ramadhan banyak benda yang berlaku. Sesiapa yang berhijrah ke luar dari kampung halaman, yang mencari rezeki, yang mencari ilmu semunya berebut-rebut nak balik rumah. Kedai-kedai juga mesti tengah sibuk juga nak buat discount and jual barang-barang murah. Kalau tailor pula confirm tak tidur lena sebab still banyak baju yang nak kena buat. Yang ambil tempahan kuih raya, kek, biscuit or apa saja makanan yang berkenaan dengan raya, memang tak menang tangan nak habiskan segala tempahan, ada juga yang nak buat walimah lepas raya, mesti sibuk juga nak nak settle semua benda before raya, sebab bila dah start raya, kedai mesti la tutup so tak sempat pula nak urus apa yang perlu.

Menjelang minggu akhir raya, banyak kemalangan yang berlaku. It’s not just about the road accident, tapi ada yang putus jari sebab mercun, ada juga bila puasa masuk hospital sebab keracunan makanan. Untuk adik-adik sayang, please jauhi mercun sebab sangat bahaya kalau tak sayang diri pun, ingat la dekat parent and orang lain yang akan susah kalau you all nanti injure. Yang nak balik beraya, memandu dengan berhemah, ingat orang yang menanti kat kampung, tak nak la nanti bila raya sambut dengan tangisan dan keluhan sedih. Jangan nak jadi samseng jalan raya, jangan ingat jalan tu jalan anda saja. Kalau rasa letih berehat dulu dekat hentian atau RNR. Kemalangan jalan raya terutamanya akan menyebabkan ramai yang susah; orang yang nak guna jalan raya, polis, bomba, doctor, family, so for those who will be driving back home, DRIVE SAFELY. Sebelum balik bagi yang nak berjalan jauh, condition kenderaan juga perlu di pastikan dalam keadaan yang sempurna, jangan nak menyesal bila benda dah jadi and you lost your loves one.

Menjelang minggu akhir raya, kedai-kedai baju makin penuh dengan orang yang nak buat persiapan terakhir. Kedai-kedai kuih pun di banjiri orang ramai. Semua waktu tu dah tak kisah pun , asal ka nada benda yang nak di beli. Kalau masuk dekat pekan kecil macam dekat JITRA ni, memang kalau naik kereta sila bersedia untuk berjalan jauh. Parking tu memang tak payah harap la nak parking dekat dengan kedai yang anda nak pergi. Ada juga mak cik-mak cik yang berebut-rebut nak beli baling kuih raya, tiap-tiap tahun pun nak beli, apa kata guna saja yang ada kat rumah tu. Dekat bazaar pun dah makin kurang orang nak berniaga. Orang masing-masing makin ramai datang bazaar tapi peniaga pula makin kurang. Pekan-pekan kecil pun rasa meriah sangat, mungkin ibu kota dah makin lengang.

Menjelang minggu akhir ramadhan, orang dekat surau and masjid makin kurang. Walau pun ramai yang balik ke rumah tapi still orang yang datang taraweh makin kurang, ada juga adik-adik and anak-anak kecil yang datang, memang meriah sangat surau dan masjid, sebab datangnya adik-adik ni semua setakat 8 rakaat lepas tu masing-masing dah buat team nak main mercun, main aci ligan, banyak lagi yang menarik dapat di reka oleh adik-adik ni. Yang perempuan makin kurang sebab sibuk dengan kuih raya, mungkin juga ada yang busy dengan tirai dan baju yang belum siap. Minggu akhir ramadhan ni terpaksa la berkorban. Dan bagi aku minggu akhir ramadhan punya kenangan yang tersendiri, untuk ramadhan kali ini, ada yang tersimpan di hati dan ada yang berguris terluka.

Menjelang minggu akhir ramdhan, banyak yang berubah, banyak yang terjadi. Harapan aku untuk ramadhan kali ini, agar temakbul segala doa dan harapan aku selama di bulan ramdhan ini. Agar aku ke temu lagi ramadhan akan datang, bulan penuh syafaat ini.

Friday, August 19, 2011

18 August, 18 Ramadhan, It’s my BIRTHDAY!!!

I’m 23 already. I cannot belief this; it feels like I just celebrate my 15th birthday and today here I am as a young lady with my life. There were not so many changes had happen since the 15th birthday. Why did I mention my 15th birthday? It had left a pretty good memory in my mind. It was when I was at the school fighting and battling with the major examination; the PMR. I was the school hall having something like “gerak gempur” and it was English “gerak gempur” when one of my friend told the teacher that it was my birthday. She asked all of my friends and sang the birthday song for me. That was very good. The feeling was indescribable. I also got a lot of gift that day. It was not the gift I dreamt of, but the remembrance of the people for me. I think that was the last birthday I had enjoyed so far. Here I am, today at my home on ramadhan, waiting to celebrate my birthday. I think after seven years this can be a good memory of one of the birthday.

Today as I waited for my friends to wish for me, there were several expectations from several people. Of course I hope my best friends will remember my birthday and wish for me because for me if they remember my birthday, that is mean they appreciate my existence in their life and I am one of the person that may play roles in their life, but if they could not remember my birthday it is like I am just no one in their life. That is why I will try to not forget all of the person’s birthdays who make up my life.

Monday, August 15, 2011

Satu penipuan!!!

Hari ini ada wall post from one of my friend ask me to attend the reunion plus iftar at Seri Malaysia hotel. Hati meronta-ronta nak ikut, nak attend, nak hadir memeriahkan suasana kat sana tapi atas sebab tertentu tak dapat nak join the group. Perasaan? Mula-mula dapat terima dengan redha. But at the end bila dah hari-hari jadi stalker kat group page and tengok ramai yang respond, hati jadi sangat sedih. Tapi when the friend asks me about that, I just said that it was not that important to me. Memang sangat tak jujur pada hati dan perasaan sendiri. Sapa tak sedih bila tak dapat jumpa kawan-kawan yang dah lima or enam tahun tak jumpa. Teringat nanti semua akan kumpul ramai-ramai and dapat sembang-sembang ramai-ramai. Tukar-tukar story, hati jadi sangat sedih, sangat kecewa, sangat berduka cita.

Aku teringin juga nak jumpa and tengok kawan-kawan yang lain. Do they change a lot? Nak tengok juga apa reaksi masing-masing bila dah jumpa ramai-ramai. Walau pun aku maybe adalah salah sorang yang agak anti social, tak macam orang lain yang boleh communicate with each other although they had never talk when we were at school but still to meet friends yang dah lama tak jumpa will be a really good memories for my long vacation. At least I have something to talk about after a long time. Thinking of that make me hope that I can have my own work, my own money and some freedom in my life. There is still hope, that one day I can meet them and gather with them like others. So, although I am saying that I don’t really care about the reunion but deep in my heart, I’m hoping for some miracle IF I can join it. But for me there will be no reality for my IF. It can be just a sweet dream.

Sunday, August 14, 2011

Bingkisan dari hati buat suamiku (bah. 2.1)

Penat berteleku menyelak lembaran kenangan, dia bangun mengadap pantai yang indah bergelora. Masih teringat dan terbayang setiap gelak dan tawa kala kebahagiaan menjengah lorong hidupnya. Bayu yang menyapa acap kali membawanya terbang ke langit tujuh saat segala kemanisan di hirup hinggakan dia lupa yang langit tak selalunya cerah dan kebahagiaan itu tak selamanya akan membaluti hidupnya. Silapkah dia menyemai rasa cinta buat suami sendiri. Perlahan Batrisya menyapu air mata. Tak pernah kering-kering mengalir dari saat pertama kali dia melangkah ke situ. Namun kerjanya sebagai penyambut tetamu di Chalet Kenangan, sedikit mengubat kedukaan. Berdepan dengan pelbagai situasi dan manusia yang pelbagai ragam membuatkan dia terlalai dan terlupa sebentar akan hati yang terluka. Kebelakangan itu dia sudah berkenalan dengan seorang jejaka utara yang selalu menghiburkan kesepian hidupnya, namun sebaris nama itu tak mungkin akan pernah terpadam dan dia selalu sedar akan batasan sebagai seorang isteri orang. Tak pernah dia memberi harapan walau pun dia tahu bahawa si jejaka sudah tertarik kepadanya. Seringkali Batrisya tegaskan hubungan itu sekadar jalinan sebuah persahabatan. Namun tak siapa jua yang tau status sebenarnya dirinya. Yang umumnya mereka tahu hati Batrisya sudah terisi, sejauh mana hubungan Batrisya dengan si pemilik sekeping hatinya mereka sendiri masih samar-samar.

Bagi Afiq, selagi belum mendapat kata putus dari Batrisya dia tak akan terus berputus asa. Dia akan terus merayu dan memujuk sekeping hati yang susah benar untuk dijengah itu. Matahari yang semakin tenggelam, mengembalikan Batrisya ke dunia sebenar, dia masuk ke bilik dan menutup pintu gelongsor. Dia ingin segera mandi kerana teringatkan janji untuk makan bersama keluarga Faiza. Sepupunya, pemilik Chalet Kenangan yang diusahakan bersama suaminya. Hasil cinta yang lama dipupuk setelah menghadapi pelbagai dugaan akhirnya bersatu jua. Dia juga sering berdoa, agar satu hari nanti dia juga akan mengecapi kebahagian bersama Firdaus setelah melewati batas-batas penuh kedukaan dan kesedihan.

Friday, August 12, 2011

12 Ramadhan (dalam sebuah kenangan)…

Pejam celik, pejam celik, dah 12 hari kita di bulan ramadhan. Kalau sebut pasal ramadhan mesti masing-masing terbayang, juadah berbuka yang kalau boleh nak penuh satu meja. Kalau yang budak-budak pula, mesti best tak ingat sebab boleh beli baju baru, seluar baru, kasut baru, semua serba baru and ada juga yang beli mercun and bunga api. Meriah sangat bagi budak-budak, bukan la depa nak fikir sangat pasal bulan mulia ni Cuma depa tau nak berserononok, sama ja macam aku lebih kurang 13 tahun dulu. Seronok dan excited counting the fasting days, nak cepat-cepat habis posa boleh raya. Dapat baju baru 2, 3 pasang and of course ada juga bunga api main malam-malam. Waktu tu still lagi rumah dekat taman. Tengok sekeliling ada rumah yang meriah dengan lampu “lip-lap, lip-lap”, it was so colourful and ada juga yang pasang pelita, it remind me of my kampung.

Baju raya memang akan beli awal la juga sebab mama tak mau sesak bila dah dekat nak raya. Well kadang-kadang bila nak keluar beli baju raya, mama akan cakap nak keluar, masing-masing bersiap awal sebab memang excited. Papa akan miss taraweh nak penuhi kerenah anak-anak yang macam-macam. Bila dah ada baju raya, setiap kali lepas sahur tak boleh tidur sebab nak sekolah, kami (me and my sister) akan pakai baju tu berkali-kali siap dengan kasut. Bergaya depan cermin, sangat suka!

Dulu bila nak raya, kami akan balik kampung. Dekat kampung boleh raya ramai-ramai, waktu tu arwah tok pun still ada. Akan balik kampung dekat Kota Kuala Muda maybe 2 hari before raya. Seronok la sebab waktu ramai yang balik beraya dengan tok kat rumah, rumah meriah sangat. Pagi-pagi kena bangun awal, kalau tak memang tak sempat la nak mandi sebab ramai sangat. Dan lepas tu jalan dengan sepupu sepapat ke surau yang terdekat nak solat sunat. Best sangat-sangat.

Teringat taraweh dengan arwah tok chik maybe waktu tu dalam umur 8 or 9. Nak sangat ikut tok, naik la motor bertiga dengan tok wan. Memang tak bayang pun nak solat lama-lama, tapi ikut ja sampai la habis sekali dengan witir. Lepas tu ada moreh, dulu tak macam sekarang. Dulu masing-masing makan ja dekat surau tu, sekarang dah main bungkus-bungkus ja. Ada juga, lepas solat orang buat tadarus. Ikut la tok baca quran. Balik berbuka dengan tok, dengan mak ngah and the family. Adik-adik still kecil lagi, ada yang bising-bising. Masing-masing still innocent, tak macam sekarang, dah ada girlfriend pun masing-masing. Petang raya first, it’s time to move to other kampung. Dari Kota Kuala Muda, bertolak pula balik Kodiang. Sebelum balik tu sempat lagi singgah rumah ambil bekalan baju.

Kalau dekat Kodiang, yang best sebab tok memang dah sedia macam-macam dekat cucu dia. Dapat duit raya banyak just dari tok especially me, the older and her first granddaughter. Tok dah sedia ketupat and rendang both daging and ayam sebab mak ngah tak boleh nak makan daging. Well balik kampung makan sedap-sedap, jalan-jalan raya dengan mak ngah and family. Kenangan raya yang dah lama tak rasa dan tak mungkin akan rasa lagi dah.

Tok dah tak da, there will be no one to welcome us at the kampung. There will be no one, who will cook delicious and superb rendang. There will be no one will great us with her warm and sweet smile anymore. There will be no one who will give me some duit raya anymore. There will be no one who will always be by my side what ever happen anymore. There will be no one who always supports whatever I am doing anymore. Because she will never coming back, she will never returns home. The only thing that is always remain with me was her memories. Raya is not the same without you by our side. Semoga arwah tenang di sana.