Friday, August 26, 2011

Menjelang minggu terakhir ramadhan…

Sekejap saja, ramadhan dah sampai di minggu akhir. Harap-harap ramadhan kali ini membawa seribu satu kenangan indah dah semoga ibadah kita di terima olehnya. Di musim akhir ramadhan banyak benda yang berlaku. Sesiapa yang berhijrah ke luar dari kampung halaman, yang mencari rezeki, yang mencari ilmu semunya berebut-rebut nak balik rumah. Kedai-kedai juga mesti tengah sibuk juga nak buat discount and jual barang-barang murah. Kalau tailor pula confirm tak tidur lena sebab still banyak baju yang nak kena buat. Yang ambil tempahan kuih raya, kek, biscuit or apa saja makanan yang berkenaan dengan raya, memang tak menang tangan nak habiskan segala tempahan, ada juga yang nak buat walimah lepas raya, mesti sibuk juga nak nak settle semua benda before raya, sebab bila dah start raya, kedai mesti la tutup so tak sempat pula nak urus apa yang perlu.

Menjelang minggu akhir raya, banyak kemalangan yang berlaku. It’s not just about the road accident, tapi ada yang putus jari sebab mercun, ada juga bila puasa masuk hospital sebab keracunan makanan. Untuk adik-adik sayang, please jauhi mercun sebab sangat bahaya kalau tak sayang diri pun, ingat la dekat parent and orang lain yang akan susah kalau you all nanti injure. Yang nak balik beraya, memandu dengan berhemah, ingat orang yang menanti kat kampung, tak nak la nanti bila raya sambut dengan tangisan dan keluhan sedih. Jangan nak jadi samseng jalan raya, jangan ingat jalan tu jalan anda saja. Kalau rasa letih berehat dulu dekat hentian atau RNR. Kemalangan jalan raya terutamanya akan menyebabkan ramai yang susah; orang yang nak guna jalan raya, polis, bomba, doctor, family, so for those who will be driving back home, DRIVE SAFELY. Sebelum balik bagi yang nak berjalan jauh, condition kenderaan juga perlu di pastikan dalam keadaan yang sempurna, jangan nak menyesal bila benda dah jadi and you lost your loves one.

Menjelang minggu akhir raya, kedai-kedai baju makin penuh dengan orang yang nak buat persiapan terakhir. Kedai-kedai kuih pun di banjiri orang ramai. Semua waktu tu dah tak kisah pun , asal ka nada benda yang nak di beli. Kalau masuk dekat pekan kecil macam dekat JITRA ni, memang kalau naik kereta sila bersedia untuk berjalan jauh. Parking tu memang tak payah harap la nak parking dekat dengan kedai yang anda nak pergi. Ada juga mak cik-mak cik yang berebut-rebut nak beli baling kuih raya, tiap-tiap tahun pun nak beli, apa kata guna saja yang ada kat rumah tu. Dekat bazaar pun dah makin kurang orang nak berniaga. Orang masing-masing makin ramai datang bazaar tapi peniaga pula makin kurang. Pekan-pekan kecil pun rasa meriah sangat, mungkin ibu kota dah makin lengang.

Menjelang minggu akhir ramadhan, orang dekat surau and masjid makin kurang. Walau pun ramai yang balik ke rumah tapi still orang yang datang taraweh makin kurang, ada juga adik-adik and anak-anak kecil yang datang, memang meriah sangat surau dan masjid, sebab datangnya adik-adik ni semua setakat 8 rakaat lepas tu masing-masing dah buat team nak main mercun, main aci ligan, banyak lagi yang menarik dapat di reka oleh adik-adik ni. Yang perempuan makin kurang sebab sibuk dengan kuih raya, mungkin juga ada yang busy dengan tirai dan baju yang belum siap. Minggu akhir ramadhan ni terpaksa la berkorban. Dan bagi aku minggu akhir ramadhan punya kenangan yang tersendiri, untuk ramadhan kali ini, ada yang tersimpan di hati dan ada yang berguris terluka.

Menjelang minggu akhir ramdhan, banyak yang berubah, banyak yang terjadi. Harapan aku untuk ramadhan kali ini, agar temakbul segala doa dan harapan aku selama di bulan ramdhan ini. Agar aku ke temu lagi ramadhan akan datang, bulan penuh syafaat ini.

No comments:

Post a Comment