Hari ni, result UPSR dah keluar, ramai yang
menangis. Menangis kerana berjaya, menangis kerana gagal, satu perbuatan yang
sama namun rasa yang berbeza. Ada yang berjaya, ada yang gagal. Aku pernah
melalui detik-detik ini, aku pernah melalui tangisan kekecewaan itu, aku pernah
melalui kegagalan itu. Aku pernah merasai kesedihan itu. Aku tahu kesakitan
itu.
Buat adik-adik yang berjaya,
Jangan lupa, kejayaan hari ini tak akan
pernah menjamin kejayaan masa hadapan. Kalau kita hanya bergantung kepada apa
yang telah kita capai hari ini untuk keselesaan masa hadapan kita tak mungkin
lagi mengecapi kesenangan dan kegembiraan yang kita kecapi hari ini di masa
hadapan. Andai kita terlalu leka dengan apa yang kita telah ada hari ini kita
tak mungkin akan dapat yang lebih baik di masa hadapan. Apa yang kita kecap
hari ini, mungkin juga ujian dari DIA untuk kita, supaya lebih bersyukur, atau
juga supaya supaya kita lebih mengingati DIA. Maka kejayaan ini bukan hanya
milik kita, bersyukurlah, jangan riak dan takbur, teruskan usaha, semoga
kejayaan hari ini menjadi pendorong mengecapi kejayaan lebih besar di masa
hadapan.
Buat adik-adik yang tidak berjaya,
Tidak berjaya itu tak semestinya kita akan
terus gagal. Malah gagal hari ini tak semestinya kita akan gagal selamanya. Malah
aku pernah kecewa dengan kegagalan, tapi jadikan kegagalan itu satu azimat
untuk kita bangun berusaha dengan lebih gigih. Buktikan bahawa kita juga boleh
seperti mana mereka yang lain. Malah kita juga sama seperti mereka ingin
mengecapi apa itu yang di panggil kebahagiaan sebuah kejayaan. Gagal sekarang
tak bermakna kita tak mungkin dapat bangun lagi di masa hadapan. Kegagalan juga
ujian dariNYA. DIA menyayangi kita, maka DIA uji kita dengan dugaan supaya kita
lebih kuat, maka kita perlu berdoa padanya di berikan kekuatan menghadapi
dugaan kegagalan ini. Bangunlah segera, carilah kekuatan dan mulalah mengejar
kembali kejayaan.
Kegagalan atau kejayaan kedua-duaan ujian
dari DIA, pencipta yang ESA, maka kita hambanya perlu bersyukur, berdoa semoga
sentiasa di berikan kekuatan, rahmat, dan hidayah mengharungi ujian dan
cubaannya dengan jaya dan semoga sentiasa dengan redhaNYA.
p/s: Buat cousin sayang, kakak tak tau what did you expect for the result but be grateful with what you get. There must be the benefit from what happened. Be happy, be grateful. Alhamdulillah =)
No comments:
Post a Comment