Monday, November 21, 2011

Aduhai Malaysia, aduhai Indonesia!

At the moment, aku menulis entry ni, aku baru je balik dari kedai makan, yang membuatkan aku bertambah stress. Why? Ingat nak keluar suka-suka sebab dah stress sangat dekat bilik, rupanya silap pilih hari, today is tha final match between Malaysia and Indonesia. Kedai makan kat sini, sangat penuh dengan manusia, yang pelbagai ragam, Malaysian and Indonesian. 

Waktu aku balik, gol 1-0, Indonesia-Malaysia. Telinga ni memang sakit sangat, kepala pun sakit, tekak pun sakit. Aduhai, memang keluar mencari penyakit la tadi. Kalau hari-hari macam ni, memang hitam paru-paru aku ni la. Umur baru setahun jagung, lima minit sekali rokok tu, mesti nak menyala yang baru, budak-budak sekarang memang tak sayang nyawa. Tak sayang nyawa satu, tak ada tamadun satu, macam monyet dalam zoo. Tengok bola, tengok la senyap-senyap, bukan tak boleh kalau nak jerit sikit-sikit bila gol, ni setiap saat orang lari bawa bola nak jerit, tak sakit tekak la pula. 

Tak pasti apa keputusan for the match, tapi bagi sesiapa yang menjerit-jerit dekat kedai tu, memang tak berbaloi pun, baik la duduk dekat rumah. Tengok dengan family, boleh juga, spend kualiti time dekat rumah. Sebagai warga Malaysia, aku doakan pemain-pemain Malaysia tak menyerah pada tekanan bermain di Negara orang. Terus berusaha untuk menang memberi kebanggaan kepada Malaysia. All the best!

No comments:

Post a Comment